Tuesday, August 4, 2020

Sudah Ogos!

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Ogos sudah membuka tirainya. Dua bulan juga aku tidak menulis di blog ini. Aku ada aje cumanya sibuk dengan medium yang lain. Biasalah bila banyak sangat benda yang nak dilakukannya dalam satu masa. Jadi perlu dikurangkan untuk benda yang lain sebab nak tumpukan benda yang lain. Aku bukan superwoman yang mampu buat semua benda.

Tak bolehlah nak serba-serbi sempurna. Aku buat semuanya seorang diri. Maksud aku selain kerja rumah. Untuk kerja rumah, kalau aku tak terbuat ada suami yang membantu. Jadi aku dapat buat kerja-kerja menulis aku.

Sebenarnya, banyak benda yang nak diceritakan di sini. Daripada kisah hari raya, kisah setelah dapat merentas negeri; aku balik Melaka dua minggu. Balas dendam gitu.

Dan kisah terbaharu adalah kisah raya haji; walau tak adalah sambut sangat pun tapi aku seronok sebab dapat beraya di Melaka.

Dapat beraya di rumah sendiri.
Dapat beraya di rumah emak.
Dapat beraya di rumah emak mentua.


Perkara Yang Tidak Terduga.


Sebenarnya kebelakangan ini banyak cerita tidak enak mengelilingi diri ini. Aku tersangat-sangat kecewa. Entahlah tak tahu nak diceritakan. Biarlah tersimpan sahaja jauh di lubuk hati. Cerita ini yang sedikit sebanyak mengganggu emosi dan menghantui diri aku. Sampai satu tahap aku jadi malas nak buat semua benda.


Minat Sendiri.

Benda yang aku malas nak buat adalah benda yang selama ini aku minat nak buat. Tahap kemurungan dia sampai tahap begitu. Fikiran bercelaru. Memang serabut yang amat.

Aku jadi malas menulis.
Aku jadi malas membaca.
Aku jadi malas menonton drama.

Rasanya ini adalah satu perkara yang tidak baik untuk diri aku. Aura negatif itu tersangat memberi kesan pada aku sampai satu tahap setiap hari aku memang malas untuk melangkah ke tempat itu namun aku kena lawan juga.


Doa.

Aku cuma berharap agar Allah dengar dan perkenankan doa aku. Hari-hari aku terasa sangat tidak menarik serta membosankan. Aku nak kembali kepada satu suasana yang ceria seperti dulu. Ada gelak-tawa. Ada perkongsian cerita; dramalah, novellah, menulislah dan macam-macam lagi.


Pengharapan.

Pengharapan aku tersangatlah tinggi. Jika tidak elok untuk diri aku biarlah aku dapat melepaskan diri. Biarlah aku dapat melalui tempoh-tempoh bertenang tanpa aura-aura negatif. Begitulah seringkali doa yang aku titipkan.

Kita hanya manusia yang tidak sempurna. Baik aku atau pun engkau. Jadi janganlah kita meletakkan satu hukuman pada manusia yang lain. Memilih darjat dan memperkotak-katikkan kelemahan orang lain sedangkan kita sendiri punya kelemahan yang mungkin kita tidak tahu.

Satu jari menuding pada orang lain, empat jari pada diri kita sebenarnya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



2 comments:

Siti Yang Menaip said...

pejam celik saja kan masa ni berlalu..
dah bulan 8 da.. tahun 2020 ni cepat betul trasa berlalu..

NA said...

Rasa kami sambut Hari Raya Haji tahun ini sangat meriah.
Harap Fyda dapat buang aura negatif itu.