Saturday, January 11, 2020

Dari Melaka Ke Batu Pahat Ke JB

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat malam. Baru berkesempatan untuk menulis di sini. Maklumlah aku banyak sangat tempat yang nak ditulisnya sampai kehabisan ayat. Hahaha. Memandangkan entri ini sudah didraf dan mahu juga disimpan sebagai kenangan.

Kisah tahun lepas semasa awal-awal cuti sekolah bermula. Kami empat beranak balik Melaka. Kemudian bila nak balik JB, Nana tinggal di Melaka dan duduklah dia bersama nenek. Ammar kita orang bawa balik JB sebab masa tu tangan dia alahan.

Jadi tak sampai hatilah nak tinggal dia. Lagi pun nak bawa dia ke klinik. Boleh kita orang pantau. Takkan masa tak sihat nak tinggal dia. Nanti aku jadi susah hati.

Jadi inilah kejadian sebelum kami bertolak balik JB. Ayah aku ajak kita orang bersarapan dulu. Waktu hari ahad kita orang ambil cuti tapi sebab nak ke kenduri kahwin di Batu Pahat itulah yang bertolak awal dari Melaka.

Inilah keluargaku.

Ini fon samar namanya.

Kami dua beradik sahaja. Adik lebih gagah dari kakaknya. Hahaha.

Swafotolah kita.

Adik ipar jadi photoG.

Sebelum berpisah kenalah bergambar dulu.

Singgah Batu Pahat. Lepas ke kenduri kahwin kami singgah di kuarters Kastam sebab aku nak bagi barang pada seseorang.

Inilah tempat tinggal suamiku tiga tahun lepas.

Kemudian singgh beli pau.

Dah sampai JB, kami singgah makan dulu di Gelang Patah.

Kami makan malam di Teh O Ais 50 sen. Ada boat noodle.

Dia keboringan sebab keseorangan. Kawan bergaduh tak ada.

Ini entah apa namanya. Dah kelupaan tapi sedap.

Semua dirasanya.

Inilah yang kami order masa itu. Memang sedap. Recommended sangat. Betul ka ejaannya. Faham-faham sudahlah ya.

Nanti akan diulang lagi sebab Nana belum rasa. Bila tak balik Melaka bolehlah kita buat sesi terjahan. Itu sahaja entri untuk malam. Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim





No comments: