Tuesday, July 25, 2017

Orang Kita Suka Mengecam

Assalamualaikum.

Salam pembuka bicara untuk entri pagi ini. Mulakan hari anda dengan lafaz bismillah agar segala urusan kita untuk hari ini dipermudahkan. Jangan lupa untuk mengukir senyuman sebagai suatu sedekah.

Kalau tidak mampu bersedekah wang ringgit, apa salahnya kita sedekahkan dengan senyuman. Semoga senyuman itu dapat menutup kedukaan yang menghantui diri agar hati dan diri dapat bersekongkol dengan baik.

Nampak seperti berlakon. Berpura-pura. Hipokrit. Apa lagi?

Bukankah hidup ini suatu pentas lakonan?

Manusia yang didatangkan dengan pelbagai ragam. Ada yang luarannya kita nampak dia suci sangat tapi hakikatnya dia tidaklah sesuci mana pun setelah kita mengetahui perangainya. Ada yang kita nampak dia tidak berapa nak suci tetapi hakikatnya dia jauh lebih baik daripada kita sebenarnya. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Hakikatnya, kita jangan menjadi penilai terhadap orang lain. Kita tidak tahu sejauh mana orang itu berhempas-pulas untuk menepis segala dugaan yang dihadapinya. Kita tidak tahu sejauh mana dia menghadapi kesusahannya.

Jika tidak dapat membantu, jangan ditambah bebannya.

Imej yang berkaitan

Orang kita, memang suka mengecam. Kecam orang sana, kecam orang sini. Kecam ni bukan setakat tular di media sosial saja. Bukan setakat keyboard warrior. Dia boleh menular dengan menggunakan kaedah manual. Iaitu membawa mulut.

Contohnya si A kecam si B melalui kaedah menyampai melalui si C. Nanti si C akan sampaikan pula pada si D. Kemudian si D boleh pulak sampaikan pada si B. Elok-elok si B tak tahu, boleh jadi tahu. Tak ke sakit hati orang tu.

Memang takut bila lalui situasi begini. Kau kena kuat fizikal dan mental. Kadang terfikir, yang suka kecam tu cukup sempurna ke luar dalamnya.

Allahuakbar.

Kalau diikutkan hati, mahu berperang lidah cuma akan memuaskan hati kau untuk beberapa ketika. Tetapi kau akan memutuskan sebuah ikatan silaturrahim.

Pujuk hati.
Abaikan.

Bergaduh bukan jalan untuk mencari kemenangan. Kau akan bertambah tidak tenang.

Tips untuk mendapat hati yang tenang adalah dengan tidak mengambil tahu.

Bila tahu seseorang itu akan menyakitkan hati dan perasaan kita, maka jauhkanlah diri daripada dia. Ini untuk mengelakkan diri masing-masing mendapat dosa. Hati pun tidak sakit. Biarlah dikatakan tidak bercampur orang daripada menjerumuskan diri dengan kelompok manusia yang sentiasa mahu mengecam orang sana sini.

Itu sahaja sedikit titipan untuk pagi ini. Entri ini sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga. Adakalanya, kita manusia ini sering akpa dan cepat lupa diri. Semoga kita diberikan sekeping hati yang baik dan bersih. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: