Monday, October 28, 2013

~Sabtu Penuh Dengan Aktiviti~

Assalamualaikum....

Selamat tengahari semua.  Entri kedua untuk hari isnin yang sedikit menerujakan aku.  Minggu akhir untuk bulan oktober.  Menanti kedatangan november memang suatu penyeksaan.  Oleh itu, dua minggu akhir ini aku penuhkan hari hujung minggu dengan aktiviti buat diri sendiri dan anak-anak supaya tak terasa sangat.

Hari sabtu awal pagi aku sudah bangun.  Sebab nak hantar my mom ke klinik sebab nak cek darah.  Untuk rawatan bulanan.  Ayah aku temankan mak aku.  Aku balik rumah dulu selepas hantar mak dan ayah ke klinik.  Nak amik adik ipar and kids.  Dalam 8.30 ayah aku call kata dah selesai.  Kita orang terus keluar dengan ammar dan nayli tak mandi.  Tukar pampers je sebab nanti atok dengan nenek tunggu lama pulak.  Lepas je amik paretns aku kita orang ke pasar sebab aku nak beli sesuatu di sana.

Jom tengok gambar...

Sarapan terus di Pasar Besar Melaka.


Ammar dan Nana.

Sarapan untuk aku hari itu.

Ammar usik Nayli.

Inilah suasana di kedai makan dalam pasar.

Selesai makan kami turun ke tingkat bawah sebab aku nak beli sesuatu.

Nanammar tunggu nenek beli sayur.

Duduklah kat sini sementara nak tunggu atok dan nenek beli barang.

Tension ummi nayli.

Balik dari pasar hantar mak ayah aku ke rumah pakcik sebab ada majlis pernikahan sepupu.  Kita orang balik dulu sebab ammar dan nayli tak mandi lagi.  Hihihi.  Siap-siap baru pergi balik.  Dah settle nikah balik rumah dulu.  Malamnya nak tengok pengantin berarak.  Masing-masing keletihan dan cas tenaga untuk malamnya.

Bersambung lagi...






                                                                                                         

~Hitungan Untuk 10 Hari~

Assalamualaikum....

Selamat pagi.  Selamat hari isnin!!No monday blues ya!Seboleh-bolehnya aku cuba mengelakkan diri daripada dibelenggu perasaan itu.  Hari ini aku cuba untuk senyum.  Perasaan sudah semakin bercampur baur.  Memang sukar untuk diungkapkan.

Lagi empat hari akan melabuhkan tirai bulan Oktober.  Lagi 10 hari sahaja mahu ditunggu.  Sudah tidak tertanggung hati ini.  Hanya orang yang pernah ditinggalkan sahaja yang akan faham akan maksudku.

Maka kesimpulannya, marilah gembirakan hati.  Buangkan perasaan sugul di dalam diri.  Tidak lama lagi sahaja mahu holiday, mahu kembali berempat.  Senyum sampai ke telinga. :D







                                                                                                       

Saturday, October 26, 2013

~Selamat Berhari Sabtu~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...Semoga hari ini hari santai-santai untuk semua bersama yang tersayang.  Aku masih lagi bersama anak-anak.  Hari ini dengan aktiviti hujung minggu.  Pagi ini mahu menghantar mak ke klinik untuk ambil darah.  Then, ke kenduri kawin.

Tinggal minggu depan je hujung minggu aku bersama anak-anak.  Lepas itu berakhirlah episod kami duduk bertiga.  Kembali berempat dan menjalani kehidupan seperti biasa.  Oklah entri pendek untuk pagi ini.

Selamat berhujung minggu!!!






                                                                                                         

Friday, October 25, 2013

~Lagu Sahabat Nyanyian Kumpulan Gigi~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Entri akhir sementara mahu menunggu kad perakam waktu berbunyi.   Bunyi yang ditunggu-tunggu.  Kadang belum berbunyi sudah terpacak kat depan.  Balik nak cepat saja.  Datang dahler lambat.  Hehehehe..

Ok abaikan soal itu.  Mari aku nak share lagu yang sedap didengar aku sejak kebelakangan ini.  Lagu ni aku tahu pun dari drama Love You Mr. Arrogant.  Lepas dengar terus google tajuk, dan terus download.  vIdeonya aku buat sendiri.  Sahaja nak ambil mood letak gambar aku, mira dan nor.  :D

 
Lirik lagu Sahabat nyanyian kumpulan Gigi

Terima kasih kawan teman baikku 
Kau membuatku senang, membuat ceria 
Sahabat paling sejati selalu
Persahabatan kita kisah klasikku 

Tahun bulan dan hari kita lalui 
Sahabat paling sejati selalu

Reff:
Syalala aku gembira 
Syalala selalu tertawa 
Syalala aku bahagia 
Syalala bersama

Jatuh bangun bersama selama iniSuka duka bersama selama iniSahabat paling sejati selalu

Repeat reff
Sahabat paling sejati selalu

Repeat reff






                                                                                                         

~Cerita Adriana Pagi Tadi~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Hari ini lunch ada hal sedikit yang perlu diuruskan.  Sampai awal juga di pejabat.  Dan seperti biasa bolehlah mencoretkan sesuatu di sini.  Berbalik kepada tajuk, pagi tadi adriana ada tarian sempena sambutan Hari Kanak-kanak.  Semalam cerita kisah adriana, hari ini cerita adriana lagi.  Mana adiknya?Ammar low profile.  Hehehe...Nanti ada cerita tentangnya aku up story tentang dia di sini.

Semalam sewaktu berjumpa dengan cikgu kelasnya dia suruh pakai baju menari dan makeup sekali.  Kalau bab makeup memang aku fail.  Dah tentu-tentu adik ipar aku yang makeupkan adriana pagi tadi.  Senang pula hari ini nak kejutkan adriana.  Mungkin terlampau teruja si anak kecil.

Inilah adriana setelah dimakeupkan bibiknya.  Bibik tu adik ipar aku bukan bibik orang gaji ye.  Hehehe...Sekian entri pagi ini buat tatapan papanya yang jauh di seberang sana.







                                                                                                       

~Bila Sudah Selalu Mencari Kesalahan Orang Lain~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Pagi ini nak share kata-kata mutiara sahaja.  Untuk renungan diri sendiri.  Terkadang kita terfikir bila orang yang suka sangat mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.  Sampai kita sendiri takut untuk bersemuka dengannya.  Peringatan untuk diri sendiri juga sebelum mula berkata-kata.  Mungkin orang macam tu dia anggap dirinya bagus itu yang serba tak kena orang lain pada pandangannya.


Renungkan ayat in sebelum kita berkata buruk mengenai orang lain... Surah Hujarat...

"Wahai orang beriman, Janganlah sesuatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperolokkan lebih baik dari yang mengolok-olok........Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, Dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim"
Ayat 11 : Surah Hujrat
Copy paste dari blog Kak Wardina.