Saturday, October 2, 2010

~Isteri...~

pic from google

Aku dapat dari kiriman email seorang rakan aku.  Untuk dikongsi bersama dan dijadikan renungan kita bersama.


"Hargailah dia sebelum terlewat..."


Jika seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi... Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam ... Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?


Pada hari penciptaan PEREMPUAN... MALAIKAT bertanya kepada TUHAN


" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "
Lalu TUHAN menjawab
" Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..
Disebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya akan memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya..
Dia mampu TERSENYUM disebalik KESEDIHANnya..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya akan membawa KEDAMAIAN..
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal
"...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia"...


Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA... Dan sangat berHARGA.....

Note>>>Sekadar untuk dikongsi bersama..

Friday, October 1, 2010

~Raya Ke Rumah Puan Mardiana~

Selepas makan-makan dekat ofis, pukul 1 kita orang bergegas pergi ke rumah Puan Mardiana yang nama gelarannya P.M di ofis..yang pegi hanyalah gegirl saje..makan-makan untuk kaum wanita saje..Konvoi 3 buah kete menuju ke rumah P.M

P.M masak untuk kami makan tengahari iaitu Nasi Tomato yang sangat enak sehingga menjilat jari.  Jadi hari tue adalah hari makan sedunia.  aku sampai kekenyangan yang amat sangat makan pada hari nie.

Memang seronok sesekali berjalan bersama kawan-kawan.  dapat releasekan tension di ofis. 

Jom tengok gambar santai aku bersama teman-teman di rumah Puan Mardiana a.k.a P.M

Masa nie kami semua baru jea sampai..sedang menonton tv
P.M bukakkan kita orang cerita Lagenda Budak Setan


Time untuk menjamu selera..Gambar nie gegar sikit..


Yang group nie makan kat bawah sebab semua sedang khusyuk menonton Lagenda Budak Setan sampai ada yang beremosi..hehehe


Oh..Ini dia anak Puan Mardiana..Emir Zafran yang baru berusia 4 bulan


Cantikkan rumah P.M nie..nak tahu yang mana satu tuan rumah??
Yang berbaju merah tue..dia sekarang sedang berjinak-jinak untuk menjual tudung secara online..

Note>>Lepas nie rumah sape pulak??Sape punya turn??

Thursday, September 30, 2010

~Jamuan Raya Bangunan Kota Cemerlang~


Nie pulak cite pasal semalam..Ada jamuan Hari Raya dekat bangunan ofis aku iaitu Bangunan Kota Cemerlang yang pekerjanya terdiri daripada pelbagai jabatan kerajaan dan agensi.  Memang sangat meriahlah jamuan nie yang makanannya melimpah ruah dengan pelbagai juadah yang disediakan.

Ada sate, murtabak, kambing panggang, ketupat, lemang, mee goreng dll yang sampai aku mabuk menengoknya..aku tak ler amik gambar setiap makanan sebab orang terlampau ramai ketika itu.  Nanti orang ingat kenapa pulak aku nie kan???Jamuan nie start dalam pukul 11pagi hingga 3 petang..Banyak2 makanan aku just amik Mee Sup..Tak leh makan berat2 sebab tengahari tue kami ada jemputan kawan ofis ke rumahnya..

Jom tengok gambar...

Nie khemah pertama..Khemah yang menyediakan murtabak


Khemah2 yang disediakan


Kami sedang menunggu lif untuk turun ke bawah

Inilah aksi2 kelaparan


Selepas makan harus bergambar lagi..
Kak Nisah dan CC Noraini


Turn aku pulak bergambar..


Mereka2 memang suka bergambar..


Kami semua yang sedondon


Budak baru ofis aku..Baru beberapa bulan keje dekat ofis aku
Balkhes dan Faizah

Antara budak lelaki ofis aku yang makan semeja..Mana budak lelaki2 yang lain yea???

Jeng..Jeng..Jeng...


Rupa-rupanya mereka beratur menunggu sate..Rajin sungguh beratur.  Aku tak kuasaler nak beratur..Da naik pun sebab lepas nie nak pi rumah officemate aku Puan Mardiana yang kita orang panggil dia P.M

Note>>Menyusul selepas nie cerita makan-makan di rumah officemate aku plak iaitu rumah P.M..

~Kad Ucapan Salam Aidilfitri~

*STICKY MODE*

Buat kengkawan yang mengenali diri ini, terutamanya kepada rakan blogger dan kepada yang selalu singgah di blog aku yang tak seberapa ini..

Aku ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

dan

MAAF ZAHIR BATIN


Kepada rakan-rakan blogger silalah terima kad ucapan hari raya ini..semoga raya kali ini akan memberi seribu kebahagiaan dan pengertian buat kita semua...


~Raya Ke Rumah Saya Pulak~

Sambungan cerita Raya Ke Rumah Member Ofis, kali nie turn rumah aku pulak..Appointment datang ke rumah hari Khamis yang lepas waktu lunch yea.  Lately nie time raya waktu lunch ditanggung khas oleh tuan-tuan rumah yang menganjurkan makan-makan dengan jayanya.

Oleh kerana pada hari tue aku tidak bercuti sebab aku sudah kekurangan cuti.  Jadi mak aku masakkanlah menunya.  Mee Basah jea..Tahun nie kenalah datang beraya kat rumah mak aku lagi.  InsyAllah tahun depan baru beraya ke rumah asben aku pula yea..:)

Apa lagi jom tengok gambar.  Kalau tak ada gambar memang tak sah yea..





Kawan-kawan aku nie semua memang suka bergambar..termasuklah aku sekali.:-)

Wednesday, September 29, 2010

~Raya Ke RuMah Member Ofis~

Seperti biasa kalau da ramai yang naik keje, mulalah operasi berhari raya bersama member-member di ofis pulak..seronok jugak sekali-sekala berjalan beramai2 sebegini rupa..Ada jugak member yang buat makan-makan waktu lunch time..apa lagi kami semua terjahlah...

Jom tengok gambar aku bersama teman-teman ofis aku menerjah dengan gelogohnya  untuk berhari raya  di rumah kawan-kawan...

Rumah Pertama



Rumah Kedua


Rumah Ketiga


Kami pegi rumah pertama dan yang kedua pada hari yang berasingan...waktu lunch mana sempat semua rumah..Seronoklah aku rasakan berjalan raya bersama teman-teman seangkatan kerja..