Wednesday, April 8, 2009

:::AKADEMI FANTASIA:::

~~AISHAH AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7~~




Aku saje-saje jea cari lirik lagu-lagu nie sebab lepas Aishah dalam Akademi Fantasia Musim Ke-7 nyanyi aku suka pulak lagu-lagu nie...Hehehe...Aku taklah minat sangat tengok AF nie tapi kadang-kadang aku tengok jugak...Aku suka tengok Aishah nyanyi. Inilah lirik-lirik lagu yang Aishah nyanyi...Lirik lagu Gila, Dan Sebenarnya dan juga lirik lagu Cuba...Saje letak untuk tatapan semua


Lirik Gila - Mila

Ingin aku bertanya
Tidak jemukah kau mencuba
Ingin terus menggoda
Melempar kata-kata cinta

Masih aku bertahan
Ku tak semudah kau fikirkan
Namun tidak kau bosan
Selalu mahukan perhatian

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Ingin aku hargai
Kesanggupan kau menantiku
Ingin juga ku balas
Perasaan kasih ku lafaz

Masih lagi ku cari
Jika ada cinta di hati
Namun tidak ku temu
Rasa cinta di jiwa ku

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Hentikan saja mengekoriku
Setiap masaalah dan ku tak kau hirau
Tiada cara bisa ku ubah
Kerna tak mudah untuk dikau menyerah kalah

Sekian lama telah kau pendam
Harapan dan angan untuk hidup bersamaku
Berilah masa hingga ku sedia
Namun kau tak mahu memahaminya

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Oh, No! Cuba kau memaksa
Apa kau gila
Khabarkan pada semua dengan bangga
Ku teman wanita kau benar gila
Reka cerita kita bercinta
Oh oh..

Oh No!
Cuba kau memaksa
Apa kau gila!

Lirik Dan Sebenarnya - Yuna

Oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

Lirik Cuba - Faizal Tahir


Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Apa-apa pun Good Luck pada Aishah...AFUNDI AISHAH!!!
Semoga Anda Berjaya...

:::NUR ADRIANA QISTINA:::

Ini gambar anak aku semasa bertudung...Susah sangat nak snap gambar dia nie...Jadi inilah gambar yang aku sempat snap...Itu pun satu jea gambarnya yang di tengok dekat kamera...

JOM KITA TENGOK...






Inilah hasilnya...Aku malas nak tulis panjang2...

:::MAJLIS PELANCARAN:::


Majlis Pelancaran Rasmi Pusat Pelancongan Islam



Saje jea aku nak tayang gambar aku masa pegi Majlis Pelancaran Rasmi Pusat Pelancongan Islam di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka



Ini kakak-kakak di office aku...Tersenyum lebar dapat jalan2...

Tudung oren tue Pn. Hanisah and yang lagi satu tue Pn. Hamimah


Inilah wajah-wajah orang yang sudah kenyang...

"Sudah Kenyang Suka Hati"




Ini dua2 orang masih bergelar cik lagi...

The Pinky Girl tue namanya Cik Ayu and lagi sorang tue Cik Marinna (Cik Marin)




Ini gambar selepas selesai majlis...Sebelum makan kita bergambar dulu...
Dari kiri : Cik Marinna,CC Noraini, Cik Ayu, AKULER (Pn.Alfidah), Pn Hanisah, Cik Sya,
Pn. Linda dan Pn. Hamimah



Inilah Majlis Pelancarannya....
p/s : Seronoknya sekali-sekala dapat involve majlis mcm nie..

:::BIRTHDAY ADRIANA:::

Gambar ini diambil sempena menyambut birthday anak aku yang ke Setahun....



Tengoklah anak aku tue...suruh potong kek pun takut


Inilah anak-anak buahku...



Mereka bergambar aku yang tukang tangkap gambar...



Inilah kek anak aku....

p/s : Happy Birthday To Adriana

Friday, April 3, 2009

::KENANGANKU::

Ini adalah sebahagian gambar-gambarku semasa aku bekerja di Putrajaya. Gambar-gambar ini diambil sekitar tahun 2006.
Gambar ini diambil semasa Hari Raya AidilFitri di rumah En Yussof Dohab (Tim. SUB)

Gambar ini pula diambil ketika aku Kursus Induksi Khusus di The Regency Hotel Port Dickson.
Gambar dari kiri : Kak Zu, Aku, Encik Afnan, Ismaida dan Yana


Ini pula gambar Aku dengan Azliyana



Inilah gambar vogue kami sepanjang kursus ini dijalankan. Hehehe

Gambar ini diambil sebelum kuliah bermula. Sempat lagi bergambar kan?

p/s : Rindunya aku pada kawan-kawanku di Putrajaya..

~Kisah Aku~


~ALFIDAH ADIM a.k.a Mrs Affendy~

Boleh panggil aku Fidah.  Dilahirkan pada 2 Jun 1983.  Aku merupakan anak sulung daripada 2 beradik.  Punya sepasang cahayamata.  Mama kepada seorang puteri dan putera yang sangat comel, bijak dan manja bernama Nur Adriana Qistina binti Mohd Affendy dan Muhammad Ammar Qayyum.  Seorang perempuan biasa dan bukanlah bionic women yang boleh buat semuanya tapi cuba membuat yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayang.  Seorang pekerja kerajaan dan juga bekerja di rumah.  Punya pelbagai cita-cita sendiri tapi banyak yang harus ditolak ketepi untuk kesejahteraan rumahtangga aku sendiri.  Mereka lebih memerlukan aku di sisi.  Keluarga aku, suami aku dan anak-anak lebih penting daripada segalanya.  Keluarga diutamakan.

Dunia blog baru saja aku terokai.  Masih banyak benda yang perlu aku pelajari.  Sepanjang aku menjadi seorang blogger walaupun hakikatnya aku bukanlah seorang blogger yang tegar, aku telah mempunyai ramai kenalan di alam maya.

Mula menceburkan diri di dunia blogger pata tahun 2009 apabila suami aku mempunyai blog  PERINGGIT MUSHROOM.  Ia berkisarkan mengenai cendawan yang suami aku kendalikan.  Kemudian aku mempunyai blogshop sendiri iaitu SWEETLOVELYSHOPPE yang menjual pelbagai jenis jenama pakaian kanak-kanak dan bayi.  Kemudian barulah blog ini ditubuhkan atas tujuan sekadar suka-suka.  Blog ini adalah sekadar blog peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan sesiapa.  Ia hanya mengisahkan kehidupan aku sendiri, kehidupan keluarga aku serta berkongsi pelbagai tips dan info bersama-sama teman selain aku dapat menambah ramai kenalan di alam maya.  Kini berblog menjadi hobi aku dan aku mula addicted dengan berblog.

Aku??Aku tetap aku.  Hehehe..Seorang yang pendiam tapi kadang-kadang tak pendiam pun.  Yang belum mengenali aku pasti akan kata aku pendiam.  Seorang yang sangat sensitif dan mudah menangis lebih-lebih lagi kalau berkaitan dengan mak aku.  Sangat-sangat tersentuh.  mak adalah orang yang sangat penting dalam hidup aku dan anak-anak adalah seperti nyawaku.

Mr asben adalah peneman aku.   Seorang suami yang sangat 'cool' dan tersangat 'sporting' bernama Mohd Affendy bin Bidin.  Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak kami suami isteri.  Sentiasa memberi semangat kepada aku dalam apa jua bidang yang aku ceburi.  Hati aku amat menyayangi dia dan aku akan cuba menjadi seorang isteri dan juga mama yang terbaik tapi bukanlah perfect dalam segala hal.  Sentiasa mendoakan agar perkhawinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat dan sentiasa direstui oleh Allah s.w.t.  InsyaAllah...

Email saya di alfidah_adim@yahoo.com jika nak tanya apa saja yang menjadi kemusykilan kalian semua atau hendak bertukar link blog atau promote blog kalian. 

Terima Kasih...