Thursday, May 17, 2018

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018

Assalamualaikum.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sudah pun berakhir 6 Mei 2018. Tahun ini aku berpeluang lagi untuk sampai ke PWTC. Aku pergi ke pesta buku pada hari kedua ia berlangsung. Mengikut perkiraan ini adalah tahun kelima aku sampai ke PBAKL. Empat kali di PWTC dan sekali di MAEPS Serdang.

Tahun ini perasaan membuak-buak nak pergi sebab tahun terakhir Jemari Seni di pesta buku. Tahun depan Jemari Seni dah tak ada kat pesta buku. Jemari Seni sudah tutup. Sudahlah aku suka beli novel-novel Jemari Seni. Ditambah lagi aku sudah jatuh cinta dengan penulisan Kak Noor Suraya. Masa mula-mula dapat tahu Jemari Seni akan beroperasi sampai hujung tahun ini, seminggu aku kemurungan.

Jadi modus operandi aku pi pesta buku kali ini memang nak borong buku-buku kat Jemari Seni aje. Kali ini yang best pergi ke PBAKL, jiran aku merangkap dulunya kawan blogger pun ikut sekali. Dia dengan anak lelaki dia aje yang ikut. Suaminya jaga anaknya yang lagi dua orang.

Kemudian, suami aku pula nak ke Auto Show kat MAEPS. Jadi dia turunkan kita orang kat TBS dan kami naiklah tren ke PWTC. Aku ni sudahlah buta tren. Memang tak reti nak naik tren sekitar KL tu. Nasiblah senang. Dari TBS terus turun PWTC. Gigih juga aku tengok peta fasal transit tren kat telefon bimbit. Karang ada juga yang tersalah tunggu tempat naik tren.

Inilah kanak-kanak yang ikut ke PWTC. Ammar ikut papa ke Serdang.

Alhamdulillah. Masing-masing boleh senyum bila dapat naik tren.

Geng mama-mama. Masa ini berharap agar syaiton tak ikut kita orang. Haha.

Sampai juga akhirnya kita orang. Seronok yang tidak dapat digambarkan. Kita orang selesaikan cari buku kat anak-anak dulu. Melayan dia orang dulu sebelum mama-mama menuju ke reruai Jemari Seni.

Masa ini anak-anak dah dapat buku dia orang. Dudukkan dia orang kat satu tempat dan bagi makan roti. Mama-mama ada agenda.

Masa sampai reruai Jemari Seni ini punyalah ramai umat manusia.

Impian untuk bergambar dengan Kak Noor Suraya akhirnya tercapai. Aku kenal Kak Su ni daripada kawan aku ini. Bermula dengan novel-novel Kak Su kemudian aku ada serta satu projek Jemari Seni iaitu Antologi Kelip-kelip Kusangka Api. Itulah kenangan yang ada bersama Jemari Seni.

Minta tandatangan Kak Su untuk novel-novel dia yang kita orang beli.

Kawan aku, Asfaliza dengan Kak Su.

Masa ni aku dah ke anak-anak dulu sementara As uruskan pembayaran.

Kemudian baru berswafoto bersama.

Masa ini kita orang cari tempat lepak. Tengoklah anak buah aku siap berbaring. Kepenatan gamaknya.

Kedua yang paling manis, dapat berjumpa dengan sahabat alam maya. Kami berkawan sudah lima tahun di alam maya. Akhirnya ditemukan di PWTC pada tahun kelima.

Namanya Monalita Mansor. Juga seorang penulis cerpen dan novel. Masa ni aku suruh dia tandatangan buku Tri yang aku baru beli di reruai Jemari Seni. Cerpennya ada dalam naskhah itu.

Fokus dia menandatangani buku.

Kami kepenatan memikul beg yang sudah penuh dengan buku-buku. Ini yang melepak lama di sini.

Kemudian naik tingkat atas sebab Adriana ada nak cari buku lagi. Masa ini suruh depa beratur.

Aku dah duduk melepek kat tepi tangga. Dengan beg-beg. Beg sandang, beg silang, beg tepi dan beg plastik. Terasa macam badang pun ada.

Sudah sampai masanya untuk pulang. Suruh anak-anak bergambar di luar pintu PWTC.

Dalam tren menuju ke TBS.

Selamat sampai di TBS. Dah bersemangat nak naik kereta. Aku dah tak larat masa ni memikul 10 buah buku. Sudahnya ke naik komuter pula ke Kajang sebab suami letak kereta di sana. Memang tak terjangkau dek akal.

Selamat sampai Kajang. Kami singgah makan di Sate Kajang.

Inilah buku anak-anak. Untuk tiga orang anak.

Ini pula koleksi buku yang aku beli. Gigih aku memikul. Buku resipi tu satu aku belikan untuk mak dan satu untuk aku. Novel Lelaki Januari aku sudah habis baca. Sekarang sedang baca novel Pulang. Begitulah kisah manis aku ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk tahun ini. Semoga tahun depan dapatlah sampai ke sana lagi. Kena simpan dana awal untuk ke pesta buku tahun depan.

Sekian dulu entri untuk petang ini. Nanti bersambung lagi dengan entri yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Salam 1 Ramadhan.

Entri pertama untuk bulan Ramadhan. Walaupun bulan Ramadhan, rutin menulis masih diteruskan di samping melakukan amal ibadah yang lain. Sibuk bagaimanapun kita di siang hari, biarlah malam hari kita sibukkan diri untuk sujud pada-Nya.

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk melalui Ramadhan lagi. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk beramal ibadah dalam bulan mulia ini. Menjalani ibadah puasa, terawih dan tadarus. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa untuk semua. Mohon ampun dan maaf andai ada tersalah bicara sepanjang saya menulis di blog.

Malam tadi berialah kunci jam untuk bangkit sahur. Risau terlajaknya. Aku dah siap masak awal untuk sahur. Menu ringkas saja. Sambal sardin dan nasi. Balik terawih terus masak sambal sardin sambil menonton drama Nur.

Alhamdulillah. Diberi kenikmatan untuk merasai suasana yang dirindui ini. Seperti biasa, mak telefon aku masa sahur tadi. Memang itu rutin setiap kali bulan puasa. Kalau dulu, ayah yang rajin telefon. Sejak pendengaran ayah terganggu, memang ayah tak telefon. Sedih.

Sampai sini dulu entri pagi ini. Ada benda lain nak ditulis lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Tuesday, May 15, 2018

Sambutan Buat Adriana

Assalamualaikum.

Cerita sudah lama. Bulan Januari kejadiannya. Tapi barulah ada mood nak mengarang bagai. Memang tak tahulah penyakit apa yang dok menyerang aku. Bukan main malas nak menyusun kata. Alahai. Lemah sungguh bila ada penyakit sebegini. Aku cuba usir jugak penyakit yang cuba menjalar dalam diri. 

Sebenarnya banyak kerja penulisan aku yang tertangguh. Ini yang aku gigih membaca buku-buku. Mungkin belum sampai serunya. Baiklah, mari terus kepada matlamatnya. Kisah sambutan buat Adriana, si anak sulung aku. Sambutan secara kecil-kecilan untuk ulangtahun kelahirannya yang kesepuluh tahun.

Alhamdulillah. Usia anakanda sulung saya sudah genap sepuluh tahun. Terasa masa begitu pantas berjalan. Bila anak semakin bertambah umur, aku terasa diri sudah semakin tua. Jadi kena bawa-bawa sedar diri. Haha.

Ini hadiah daripada sepupunya.

Tiga orang sepupu. Adriana rapat dengan Alya (sebelah kiri).

Kemudian aku dan suami bawa dia ke Secret Recipe.

Kek yang dipilih sendiri olehnya.

Kami hanya menyambutnya empat beranak.

Si adik suap si kakak.

Menu untuk mama.

Ini pula untuk adik. Dua menu saja yang aku ambil gambarnya.

Sempatlah kami berswafoto sementara menunggu papa di belakang tu dok survey jam tangan. Tak habis-habis dengan hobinya membuat koleksi jam tangan. Itu sahaja sambutan hari lahir untuk Nur Adriana Qistina binti Mohd Affendy yang kesepuluh tahun. Semoga anak mama sentiasa dilindungi dan diberkati dunia akhirat. Amin. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, May 13, 2018

Family Gathering 9 Mei 2018

Assalamualaikum.

Bersambung lagi dengan entri selepas selesai mengundi. Usai mengundi kami ke rumah kakak sepupu. Memang dah rancang situ tempat untuk berkumpul. Aku mengangkutlah segala bahan nak masak koktel. Susu cairlah, koktel buahlah, jelilah yang bertin-tin dan berpaket-paket. Malas nak masak kat rumah jadi aku masak kat rumah kakak sepupu. Masak ramai-ramai seronok bukan. Memasak sambil bersembang dan juga bergelak-tawa.

Jadi lepas saja mengundi balik rumah mak kejap ambil barang yang nak dibawa kemudian terus ke rumah kakak sepupu. Dia orang semua sudah balik dari mengundi. Awal pagi semuanya sudah bersemangat keluar mengundi.

Suami hantar aku, mak dan Adriana ke rumah kakak sepupu. Kemudian dia meneruskan perjalanan ke tempat mengundinya. Sebelah petang baru dia datang. Aku pun sesampainya di rumah kakak, sejuk-sejukkan badan barulah masuk dapur.

Koktel hasil air tanganku.

Ayam bakar air tangan anak buah.

Ini antara menu yang ada hari itu. Nasi lemak, sambal ikan masin, , mee goreng, laksa sarawak, koktel dan ayam bakar.

Mak-mak dan para gadis. Tekalah mana satu yang gadis dan mana satu yang mak-mak. Haha.

Bila berkumpul haruslah bergambar beramai-ramai. Kenangan semuanya.

Dalam pada sibuk berkumpul, aku sibuk menjual buku. Buku anekdot mak-mak lahh sangat dipinang adik ipar.

Gambar akhir untuk dikenang-kenang. Ini pun tidak cukup korum. Siapa yang ada saja. Ada anak buah sorang tak balik sebab dia mengundi di Bangi. Apa-apa pun nanti raya boleh berkumpul lagi macam ini. InsyaAllah. Moga kita diberi peluang untuk bersama insan-insan tersayang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Cerita Pilihan Raya




Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selesai sudah pilihan raya. Perasaan susah hati, berdebar sudah pun berakhir. Apa jua keputusan haruslah diterima dengan berlapang dada. Kita sudah di bawah tampuk kerajaan yang baharu. Siapa pun yang memerintah seharusnya kita perlu hormat pada kerajaan kita. Itu sahaja. Tak perlulah kecam sana sini.

Okeylah, aku tak nak ulas apa-apa fasal politik. Aku nak kongsi dan simpan buat kenangan tentang pilihan raya kali ini. Ini adalah kali ketiga aku keluar mengundi. Aku masih lagi mengundi di tempat yang sama walaupun sudah berpindah ke rumah sendiri. Tempat mengundi aku di sekolah berdekatan dengan rumah mak. Masih sayang lagi dengan kampung aku.

Tempat mengundi aku dan suami berlainan. Suami pun mengundi di kampungnya. Aku, mak dan adik sama tempat mengundi. Ayah pula di tempat lain. Adik ipar aku pun mengundi di kampungnya. Dalam jam 9 pagi kami keluar ke rumah mak sebab aku dah janji nak pergi dengan mak. Adik sudah bawa ayah ke tempat mengundi.

Inilah tempat aku mengundi. SK Peringgit.

Aku sudah bersedia masa ini. Bersemangat.

Aku mengundi di Saluran 4. Beratur juga tapi taklah aku menunggu lama.

Selesai sudah. Waktu ini aku sedang menunggu emak.

Jari mak dan jariku.

Kemudian mak long pun keluar mengundi. Dengan berkerusi roda bagai. Semangatkan.

Aku dan mak long yang aku panggil obek.

Ini pula jari-jemari laki bini. Haha.

Nakal sungguh gambar ini. Cucunda blur-blur masa kita orang dok tunjuk kat dia. Mestilah si Amanda Dareena dok pelik. Awatlah semua dok tunjuk kat aku?

Nanti menyusul entri kesinambungannya daripada entri ini. Selesai mengundi kita orang ada family gathering. Memandangkan anak-anak buah balik mengundi, kita orang berkumpul sambil masak-masak dan makan-makan. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim