Monday, May 26, 2014

~Majlis Persaraan CC Noraini Ma'on~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^____^

Selamat pagi isnin.  Hai semua.  Jangan diselubungi isnin biru ya! Tiga hari duduk di rumah memanglah tersangat syok walaupun penat dengan bermacam-macam hal.  Jumaat lepas aku sekali lagi berpeluang menjadi surirumah tangga separuh masa.  Dapat jemput adriana di sekolah.  Itu yang sering dipinta Nana.  Tapi apa boleh buat maknya kerja.  Jadi atoklah yang menjemputnya di sekolah.

Berbalik pada tajuk, khamis lepas telah diadakan majlis persaraan buat Puan Noraini Ma'on iaitu Ketua Kerani di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.  CC bersara pilihan kerana mengikut jejak suaminya yang bersara juga tahun ini.  Sedih! Tempat meluah rasa sudah tiada.  Sorang demi sorang meninggalkan kami.  Tahun lepas Kak Rehan kemudian CC.  Lepas ini giliran siapa pula? Aku, Kak Nisah ataupun Mira? Tunggu dan lihat.

Mari tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang majlis itu berlangsung.  Tidak banyak dapat dikongsikan.  


 Antara staff yang sudah memenuhi bilik mesyuarat.


 Ini sebahagian daripadanya lagi.


 Juadah untuk hari itu.  Menariknya kuih koci!

 Aku dan Kak Nisah yang sudah agak lama tidak bergambar berdua.

 Pengarah sudahpun berada di bilik mesyuarat.  Bertudung oren itu cc.


 Penyampaian sijil.


 Penyampaian hadiah daripada Cik Liza Bahagian BKP.


 Sebahagian daripada hadiah cc pemberian bahagian-bahagian dalam JKM.


Ini terselit Puan Mardiana aka PM.  Aku sedang ambil gambar mereka-mereka bersama cc terdengar PM memanggil.

Kenangan kami bersama CC hari itu.  Gambar Kak Nisah dengan CC tidak ada dalam simpanan.  Itu sahaja catatan kenangan bersama CC di hari terakhirnya di Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Semoga perhubungan yang terjalin tidak akan terputus.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       

Sunday, May 25, 2014

~Kembali Berfungsi~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat malam semua.  Anak-anak sudah lama beradu.  Aku sempat layan drama kat internet.  Tiba-tiba rindu drama kegemaran.  Bila anak-anak sudah beradu dapatlah maknya bersantai-santai di depan komputer setelah seharian menjadi tarzan jadian.  Nasiblah gajah, singa mahupun orang hutan tak datang ke rumah tatkala mendengar jeritan batinku.  Huhuhu...Hihihi...Hahaha...Ok tak kelakar.  Saja nak buat lawak bodoh malam-malam cam gini.

Okeylah, nak cerita pasal komputer aku.  Akhirnya kembali berfungsi setelah berbulan-bulan merajuk mematikan diri.  Rosak! Aku mati kutu.  Sejak komputer aku mematikan diri mulalah episod berebut laptop dengan abang jebat.  Memang tak suka.  

Jadi sekarang tak perlulah berebut lagi dengan asben.  Semalam gigih dia betulkan komputer aku.  Jadi bolehlah menulis seperti biasa.  Blog oh blog.  Itu sahaja entri malam ini.  Bersambung lagi.  Nak layan tengok drama.  Orang lain sibuk tengok badminton.  Aku je yang tak ada perasaan.  Wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       

~Resepi Pavlova~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum...^____^

Selamat petang semua.  Petang ini aku mahu kongsikan resepi pavlova atas permintaan seseorang daripada kenalan di FB.  Maka setelah beberapa hari aku tangguh untuk entri ini aku cuba mencuri sedikit masa untuk menitipkan resepi pavlova di sini.  Aku pun bukanlah arif sangat.  Selalu buat try and error saja.  Untuk pavlova ini sudah beberapa kali juga aku mencuba.  Alhamdulillah menjadi.  Asben dan anak-anak aku suka makan pavlova ini.  


Ini antara pavlova yang pernah aku buat.  Aku pernah buat pavlova yang besar tapi aku lebih suka buat mini pavlova.  Sekali ngap je masuk dalam mulut.  Habis ceritanya.  Hehehe...Okeylah, mari kita tengok resepinya.  Aku dah ubah sedikit daripada resepi yang aku dapat.

RESEPI PAVLOVA

Bahan-bahan :

150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
1 cawan gula kastor (aku guna hanya 3/4 gula kastor sebab tak nak manis sangat)
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanila
Whipping cream
Buah-buahan seperti strawberi, kiwi, anggur (aku pernah guna buah campuran dalam tin)

Cara-cara membuatnya :

1) Pukul putih telur menggunakan hand moxer dengan kelajuan perlahan.  Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2) Kemudian dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula kastor sudu demi sudu sambil terus memutar adunan tadi.  Masa ini adunan akan bertukar menjadi putih tetapi belum berkilat.  Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat dan bertanduk.  Maknanya jadilah meringue.  Jika belum bertanduk putar dalam 2-3 minit lagi.

3) Masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.

4) kalau nak tahu tanda meringue sudah menjadi bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.  Kalau kurang pasti cuba telangkupkan bekas korang.  Kalau takjatuh confirm sudah menjadi.  Cuba try test tengok...

5) Kemudian masukkan tepung jagung dan cuka.  Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

6) Kemudian masukkan adunan dalam piping beg dan bentukkan dalam paper cup.  Kalau tak nak buat kecil-kecil terus letak adunan dalam dulang.  Sebelum itu alaskan dulang dengan baking paper ya!

7)  Panaskan ketuhar pada suhu 150'C.  Aku biasa panaskan dalam 10-15 minit terlebih dahulu.  Masukkan meringue dalam ketuhar.  Turunkan suhu dalam 120'C mengikut pada ketuhar masing-masing.  Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda.  Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut di dalam.  Biarkan sejuk dan bolehlah diletakkan whipping cream dan buah-buahan di atasnya.  

Itu sahaja yang dapat dikongsikan.  Harap dapat membantu serba sedikit.  Selamat mencuba dan bolehlah dibuat untuk minum petang.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       

~Layan ABPBH 2013~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^___^

Selamat tengahari semua.  Sudah makan tenghari? Hari ini abang jebat aku kerja 16 jam.  Hari ini masak ringkas saja sup ayam.  Baru sudah suap anak-anak makan.  Hati sedang dilanda kerisauan.  Nak cerita pun tak tahu.  Biarlah dipendam sendiri.  Risau, susah hati, serabut.  Huh! Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.  Dugaan itu sentiasa ada.

Baiklah, nak cerita perihal semalam.  Sepatutnya asben kerja petang semalam tetapi dia amik cuti.  Malas katanya.  Bila dapat cuti setelah ada orang yang sudi menggantikan dia, hati menjerit girang.  Bukanlah aku menjerit betul-betul.  Dalam hati aje.

Balik dari Family Store tengahari semalam memang tak keluar ke mana-mana.  Kemas rumah dan bersantai saja semalam.  Kononnya malam nak keluar ke Aeon Bandaraya sekalinya Ammar dah tidur.  Perancangan untuk keluar malam tadi terpaksa dibatalkan.  Itu yang dapat melayan Anugerah Bintang Popular 2013.

Pembukaan untuk anugerah semalam ada sedikit kelainan.  Mawi dan Ac Mizal membuat persembahan.

Pengacara untuk anugerah semalam dikendalikan oleh Fara Fauzana, Amy Mastura dan Shiro.

Sementara aku goyang kaki di depan melayan ABPBH, abang jebat sibuk bersilat di dapur.  Dia yang nak masak dan inilah hasilnya.  Makan bihun goreng sambil layan tv.  Tiga pinggan sahaja sebab ammar dah tidur.  Makan depan tv je.

Dan keputusan untuk Bintang Paling Popular dimenangi Aaron Aziz.  Jangan ada orang yang tak puas hati pula bila dia menang.  Itu sahaja cerita malam tadi.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,





                                                                                                                       

                                                                                                                     

Saturday, May 24, 2014

~Tadi Di Marry Brown~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^^

Selamat petang. Bersantai di petang hari. Baru selesai menggantung langsir. Nak cuci langsir sebab nanti nak pakai masa raya. Minum petang tadi buat cekodok dan teh o.

Ini kisah pagi tadi. Sarapan merangkap makan tengahari. Cadang ke family store nak beli barang dapur. Itu terus makan di luar. Jam 11 keluar rumah menuju ke Melaka Mall. Sebelum ke Family Store kami ke Marry Brown dulu untuk mengisi perut.


Makan di sini.


Abang jebat aku makan spicy porridge.


Aku pesan mee kari.


Aku pesan untuk tambahan mambo fries.


Anak-anak pesan kiddy meal sorang satu. Ayam seketul, kentang goreng dan air milo. Masing-masing makan hingga licin. Itu menandakan kami betul-betul kelaparan. Usai makan terus ke Family Store. Tengahari kita orang balik rumah dan melepak di rumah sahaja. Malam ini tidak ke mana-mana sebab mahu menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Sekian dulu. Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

Friday, May 23, 2014

~Antara Semalam Dan Hari Ini~

Teks : Fyda Adim
Teks : Carian Google

Assalamualaikum...^__^

Selamat malam semua.  Entri di malam hari jarang-jarang dibuat oleh aku tetapi malam ini terkeluarlah sebuah entri yang terlintas di akal fikiran.  Semalam ketiadaan mood untuk menulis blog ini, siang tadi masih lagi ketiadaan mood.  Masih lagi suam-suam kuku mood yang menyelubungi diri.

Semalam, diri diselubungi kesedihan.  Semalam, sebuah pertemuan telah berakhir dengan perpisahan.  Namun mungkin perpisahan itu akan dipertemukan lagi bila ada kelapangan.  Walau jauh di mata namun dekat di hati.


Hari ini, aku korbankan cuti.  Cuti kecemasan sebab mak aku tak sihat.  Risau bila mak tak sihat.  Hati ini dicuit seribu satu kerisauan.  Semoga mak cepat sembuh dari sakit itu.  Doakan ye semua untuk mak aku.  Itu sahaja entri untuk malam ini.  Tiba-tiba kehilangan idea mahu menyambung ayat.  Mahu berundur dulu sebab abang jebat aku sudah pulang.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,