Wednesday, April 29, 2020

Ramadan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Salam 6 Ramadan 1441. Sekejap saja sudah nak seminggu kita berpuasa. Tahun kedua kami berpuasa di perantauan. Aku baru ada berkesempatan nak menulis di sini. Memandangkan Ramadan kali ini kita sambut dalam PKP dan duduk di rumah, jadi segala kerja-kerja di rumah agak tersusun dan tidaklah huru-hara.

Ada banyak masa nak solat, nak mengaji, nak membaca, nak memasak. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita kena berlapang dada dan berfikiran secara positif. Jangan wujudkan suasana negatif kerana cukuplah yang kita lalui ini sudah memberi kesan pada diri kita.

Hari ini sudah 43 hari kiranya aku duduk di rumah. Kalau beranak esok hari terakhir pantang. Aku ada masa untuk melihat anak-anak aku. Dulu sibukkan nak uruskan anak-anaklah, nak cuti tanpa gajilah, ini sudah Allah berikan waktunya. Jadi tak perlu merungut walaupun dalam hati terselit rasa sedih sebab tak dapat balik Melaka, tak dapat tengok rumah, tak dapat jumpa mak ayah dan keluarga.

Selama enam hari berpuasa, cuma sehari aje aku tak memasak sebab tak sihat. Kami memesan di PH Delivery. Hari yang lain aku masih memasak seperti biasa.

Menu untuk puasa hari pertama. Nasi limau purut. Ulang masak atas permintaan Dak Nana. Tauhu begedil aku beli frozen aje.

Nasi ayam untuk hari kedua berpuasa.

Aku buat sagu gula melaka.

Aku beli susu Nilofa dengan kawan aku secara pos. Menyokong kawan-kawan meniaga.

Hari ketiga aku tak memasak. Beli pizza saja. Pertama kali beli delivery sejak duduk di JB ni.

Hari keempat aku cuma masak bihun Singapore.

Buat tepung pelita untuk Dak Nana.

Kebetulan boba yang dibeli dari Shopee pun sampai jadi suami buatlah teh boba.

Hari kelima aku masak nasi lemak. Bubur lambuk ada orang beri.

Kemudian masak ayam goreng pedas ala Korea.

 Aku buat kacang goreng sambal dengan ikan bilis dan kentang.

Menu untuk 6 Ramadan 1441, aku rebus ketupat segera, rendang daging dan lontong. Kemudian aku buat onde-onde.

Inilah rupa onde-onde aku. Pertama kali membuatnya. Sungguh berposak sebab nervous. Aku memang cuak sikit kalau bab buat kuih-kuih tradisional ni.

Itu saja serba-sedikit coretan sepanjang Ramadan dalam tempoh PKP ini. Harapnya kita dapat kembali dengan kehidupan asal kita. Rindu sangat-sangat.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

2 comments:

NA said...

Kuah lontong macam nampak ada terung. Pertama kali nampak lontong ada terung.

ejulz said...

Tak rasa kemeriahan Ramadhan tahun ni. Tapi syukur dlm berkumpul dan berjemaah bersama keluarga.

Jemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1