Assalamualaikum.
Selamat malam.
Semalam tiada entri sebab aku macam tak ada hati nak menulis. Sibukkan benda lain. Jadi hari ini aku tulislah sikit ya, untuk kenangan sendiri. Oh ya, yang bertanya pasal INTAN Sabah tu, tempat tu memang ada gangguan. Aku pun dengar daripada cerita-cerita orang dan ada yang dikacau. Alhamdulillah aku selamat. Seksa nak tidur dua malam bila dah tahu cerita. Nak cepat siang aje.
Okeylah, berbalik kepada tajuk. Ahad lepas memang sengaja tak masak nasi. Malamnya, hari sabtu malam aku buat roti jala. Bukan senang nak menjala. Aku memang tak pandai tapi setakat nak makan sendiri bolehlah.
Roti jala di malam hari masa yang aku masak ikan pari kari.
Sarapan kami. Maggi goreng dan roti telur sosej cheese.
Video call dengan anak buah aku. Mula-mula mak aku hantar gambar tapi tak jelas. Rupanya dia yang hantar gambar guna fon nenek.
Kipas kami yang sudah menyembah bumi sudah diganti.
Minum petang.
Malamnya, masak yee mi sizzling saja.
Ini untuk aku.
Begitulah coretan ringkas. Semoga baik-baik saja untuk kita semua.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
Rajin masak.
Post a Comment