Sunday, April 5, 2020

PKP Hari ke-12: Menulis Manuskrip Novel

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Hari ini sudah masuk hari ke-19 kita duduk di rumah tapi masih ada juga orang yang degil tak nak duduk di rumah. Angka yang dijangkiti semakin menaik. Kematian juga semakin bertambah. Hati semakin risau. Doa senjata kita sekarang ini. Semoga Allah dengar semua doa kita. Percayalah, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Cerita aku di rumah. Biasalah dengan kerja-kerja yang ada supaya terisi masa aku di rumah. Setakat ini, aku okey saja berada di rumah. Tiada istilah kebosanan. Selagi ada ruang untuk memasak, menonton, membaca dan menulis itu sudah cukup menceriakan aku.

Aku sedang sibuk menyiapkan manuskrip novel aku yang kedua. Semoga dipermudahkan kali ini untuk bertemu dengan perkataan 'TAMAT'. Kali ini aku tak nak peram manuskrip terlalu lama memandangkan novel pertama aku, manuskripnya aku peram bertahun-tahun; adalah dua tahun juga dan berjaya disiapkan tahun lepas.

Kali ini, manuskrip UKBC biarlah siap dalam tempoh yang aku sendiri sudah set deadlinenya tapi itulah kalau sendiri yang set mesti derhaka sendiri. Manuskrip novel yang pertama, kalau tidak kerana kata-kata mereka untuk menyiapkan mesti aku tak habiskan.

Ini jumlah patah perkataan yang aku tulis masa hari ke-11 duduk di rumah. Sekarang sudah 30k lebih patah perkataan. Separuh manuskrip pun belum lepas. Misi 1000 patah perkataan kadang adakalanya menjadi, adakalanya tidak.

Ikut pada mood juga. Kalau sedang bersemangat berlebih-lebih patah perkataan pula sampai susah nak berhenti. Begitulah dilema seorang penulis. Doakan aku ya kawan-kawan.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




4 comments:

NA said...

Selamat maju jaya.

Warisan Petani said...

Mudah2an dapat diselesaikan mengikut jadual.
Selamat berkarya.

Siti Yang Menaip said...

waaaahhh tulis manuskrip.
dulu ada cita2 tu tapi sejak masuk uni tah kemana da minat itu..

NA said...

Dah follow balik #431.