Friday, April 10, 2020

PKP Hari ke-24: Tomyam Duduk di Rumah

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Cerita hari ke-24 duduk di rumah. Rutinnya macam biasa. Masak, tengok televisyen, baca novel, menulis, mengajar, mengaji. Begitulah. Rasa tenang sangat. Ada masa kena berlapang dada dengan setiap yang berlaku.

Pasti ada hikmahnya. Mengikut perancangan, sepatutnya nak menyambut Ramadan di Melaka. Maklumlah awal Ramadan jatuh hari Jumaat. Jadi hari khamis nak bertolak balik Melaka. Begitulah perancangannya tetapi bila sudah begini, nampaknya kami empat beranak menyambut puasa di perantauan saja.

Sedih memanglah sedih. Sejak duduk di JB, inilah paling lama aku tak balik Melaka. Paling lama tak jumpa mak ayah dan keluarga. Apa nak buat. Sudah ditentukan sebegini. Kalau ini untuk kebaikan semuanya. Haruslah kita bergandingan untuk menghapuskan rantaian wabak ini.

Aamiin.

Hari ini aku cuma masak tomyam. Siang makan dengan mi atau kuetiau. Sebelah petang aku masak nasi dan makanlah dengan tomyam lagi.

Tomyam campak-campak.

Tomyam dan kawan-kawannya. Ada ketam aku leburlah dalam tomyam sekali.

Kuetiau tomyam buat aku.

Koktel untuk pencuci mulut.

Sebelah petangnya, dengar Perutusan Khas Perdana Menteri. Sejuk hati tiap kali mendengar PM yang satu ini bercakap.

Semoga kita semua dapat ketenangan sepanjang PKP ini. Kita akan menyambut awalan Ramadan di rumah. Bolehlah siapkan apa yang patut. Ramadan kali ini akan hidupkan di rumah sendiri walaupun aku bukan di rumah sendiri. Rindu semuanya. Apa khabarlah dnegan rumah aku?

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


4 comments:

NA said...

Rasa tenang tak keluar rumah. Dengar pengumuman macam tunggu pengumuman puasa.
Apapun nak ucap selamat berpuasa. Lepas ni dengar pengumuman tarikh puasa pula.

Siti Yang Menaip said...

sedapnyaaa cocktail. saya ada beli juga setin buah2 campur
tatau nak buat cocktail air ooo cocktail jelly hehe..

Etuza said...

Wah .sedap tu nampaknya

Etuza said...

Done follow anda