Tuesday, April 14, 2020

PKP Hari-27: Menu Berbuka Puasa

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Hari ini awal sikit entri yang keluar. Cerita semalam. Hari ini hari akhir kita berada dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan. Maknanya sudah 28 hari kita di rumah. Aku sudah terasa masa zaman-zaman pantang. Hahaha.

Semalam, kami empat beranak berpuasa. Jadi tak adalah sangat aktivitinya. Aktiviti sendiri-sendiri saja. Memantau anak-anak belajar. Aku baca novel kemudian tidur. Petang sikit baru masuk dapur masak. Itu pun usai solat Asar.

Masak ringkas saja. Bahan-bahan basah pun dah hampir nak habis. Ketua keluarga belum pergi beli. Aku memang tak keluar langsung. Keluar sorang bukan tahu jalan pun dan walau dah setahun kat JB ni belum konfiden aku nak ke sana ke sini sorang. Waktu-waktu macam ni lagi aku tak berani.

Ini lauk berbuka kami.

Sup telur campur sayur. Kegemaran aku.

Daging masak lada hitam.

Jemput-jemput yang aku letak sosej dan kepingan cheese. Main campak aje aku. Licin. Sedaplah tu tak pun masing-masing kelaparan.

Itu sahaja coretan ringkas pagi ini. Sehingga bersambung lagi. Semoga semua baik-baik dan duduk di rumah. Stay safe!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

2 comments:

NA said...

Saya dah duk 4 tahun di Durian Tunggal pun masih tak yakin nak jalan kawasan sini.
Sama puasa semalam.

Warisan Petani said...

Selamat berbuka puasa