Selamat malam.
Tengah malam baru berkesempatan menulis di blog. Apa lagi yang mahu dikongsi di blog ini sepanjang PKP. Cerita pasal masak-masak sajalah. Bila yang bekerja ini memang waktu-waktu begini digunakan untuk memasak. Masa inilah macam-macam skill memasak yang keluar. Daripada masakan yang tidak pernah dicuba sampailah tiba-tiba datang rajin nak masak.
Isnin lepas, aku masak mi kari saja. Jemu makan nasi kita tukar lain pula. Aku putuskan untuk masak mi kari saja memandangkan bahan-bahan pun ada. Mi kari aku ringkas saja. Memandangkan hari itu suami aku bertugas, aku pun masaklah sebelah petang. Sebelah pagi, aku dan anak-anak makan roti saja cicah dengan sangkaya. Sangkaya itu buat lebih jadi bolehlah makan dua tiga hari kan. Jimat.
Inilah rupa mi kari aku. Tak payah kongsi resipilah. Rata-rata semua tahu masak mi kari.
Semangkuk mi kari untuk aku. Boleh percaya ke semangkuk saja?
Begitulah rutin aku sepanjang duduk di rumah. Bila waktu kerja merungut-rungut tak sempat masak, terkejar-kejar nak masak, apa lagi alasan. Sekarang gunakanlah masa yang ada. Rasa heaven sangat sebab tak terkejar-kejar pun. Ada masa nak mengaji. Ada masa nak baca Yassin sama-sama. Ada masa nak berteleku atas tikar sejadah. Semoga kita perolehi sesuatu daripada PKP ini.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment