Saturday, April 18, 2020

PKP Hari ke-31: Nasi Limau Purut

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Bersambung lagi dengan coretan sepanjang tempoh PKP. Semalam sebab suami tak kerja jadi aku masak istimewa sikit. Nasi limau purut, sambal ayam dan jelatah. Kemudian ada lebihan tauhu begedil kita orang panaskan lagi.

Sekarang makan kena berjimat. Hikmah sepanjang PKP ini, aku memang marah makanan dibuang-buang. Kemudian cukup menjaga segala stok makanan. Jangan dibazirkan. Yelah, mahu kurangkan menyuruh suami keluar rumah.

Sebelum itu, untuk warga Johor dan Melaka yang berminat menulis bolehlah menyertainya.

Nasi limau purut. Resipi aku pernah kongsikan di SINI.

Sambal ayam.

Jelatah.

Alhamdulillah rezeki kami empat beranak.

Sepinggan nasi limau purut untuk aku.

 Coretan aku semalam di laman muka buku.

 Kisah terlupa bayar bil buat aku huru-hara.

Alhamdulillah setelah mengharungi cabaran dunia, akhirnya selesai.

InsyaAllah, dengan teknologi sekarang yang semakin canggih kita masih lagi dapat menatap wajah-wajah mereka walau berjauhan. Janji semua duduk di rumah dan sentiasa sihat semuanya. Kali ini rindu mengajar kita erti sebuah kehidupan. Mengajar kita untuk lebih menghargai insan-insan yang tersayang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

NA said...

Hehe lawak je part telepati tu. Pernah buat pada kawan juga tapi memang jadi.

SalbiahM said...

Puasa pertama tak dapat bersama famili...sayu juga rasanya kn. Inilah masa nak manfaatkan teknologi. Stay safe Fyda. Sedapnya nasi limau purut