Friday, April 10, 2020

PKP Hari ke 21&22: Menulis dan Membaca

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Salam Jumaat.

Hari ini sudah hari ke-24 kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Aku memang langsung tidak keluar rumah. Apa lagi turun ke bawah; aku tinggal di tingkat empat. Suami yang turun panaskan enjin kereta, pergi kerja, beli barang dan sebagainya.

Aku memang tidak ke mana-mana. Sebab duduk di tempat orang nak keluar sorang pun bukan tahu sangat nak perginya walaupun sudah setahun aku merantau di bumi JB ini. Dua hari aku agak malas mahu bersosial di media sosial.

Dua hari melayan emosi. Aku buat aktiviti sendiri. Melatih diri tidak mahu kerap berkunjung ke laman muka buku. Sana banyak sangat cerita yang tidak menarik. Asal aku masuk sana, ada saja sesi mengecam dan mengutuk. Malas sungguh! Sudahnya dua hari menyepi. Adalah tulis cerita pendek sahaja.

Jadi dua hari aku menulis di blog. Blog Bila Aku Bercerita dan Ini Cerita Aku. Tenang sikit menulis di blog. Mujurlah suka menulis jadi gunakan masa lapang untuk menulis. Menulis di blog ini satu kepuasan sebenarnya walaupun blog ini medium lama. Nak tulis panjang-panjang sini saja tempat yang sesuai.

Lagi pun aku tak ada mood dua hari itu. Teringatkan mak. Anak buah video call beritahu nenek nangis rindukan obek (obek tu panggilan anak buah panggil aku). Sedih masa tu nampak mak aku menangis. Seharian aku kemurungan sampai aku hentam tidur saja. Baca novel-tidur-baca novel. Itu saja aku mampu buat hari itu.

Nampaklah sikit blog berupdate. Sudi-sudilah follow blog aku yang lagi satu. Kat sana aku banyak kongi review novel atau buku yang aku baca dan ada juga aku letakkan sebahagian cerita yang aku tulis. Bab awalan saja. Bolehlah ke blog INI. Jemputlah follow blog itu sekali.

Kalau aku tak menulis atau tak aktif di media sosial tu maknyanya aku melayan novel lah. Kalau dah baca memang susahlah nak buat benda lain.

Kawan aku Whatsapp.

"Kafida, ang sibuk menulis ka?"

"Tak pun. Awat?" Aku balas.

"Tak daklah. Sepi ja dari FB."

"Ooo...Itu maknanya saya aktif kat blog."

"Ooo...Gitu maknanya."

"Tengoklah blog den. Berapa banyak entri den tulis. Tu yang ada entri roti canai."

"Hahaha..."

Perasan pula aku menyepi di sana. Hahaha. Hasil menyepi aku dapat habiskan novel Kerana Hati Telah Berjanji selama sehari. Itu hasil fokus tanpa buat kerjaan lain. Reviewnya boleh dibaca di SINI. Kisah Manis dan Remy yang sangat manis. Cubalah baca wahai pencinta buku. Hehehe.

Sekarang sedang membaca novel ini pula. Baca review orang, katanya novel ini sedih. Disuruh sediakan tisu atau paling tidak tuala goodmorning katanya.

Apa sedih sangat ni? Nanti dah habis baca aku review ya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

ibuayu said...

lama tak tinggal komen..hikmah PKP semangat rajin nak menulis..sedihnya baca mak nangis.masing2 menahan rindu demi tgjwb sebagai rakyat malaysia.org yg x bertgjwb tayang2 kat media sosial gether2 huhuhu