Monday, April 13, 2020

PKP Hari ke-26: Macam-macam Aktiviti

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Entri ringkas saja malam ini sebab nak kejar tulis manuskrip. Jadi aku kena ringkas-ringkas saja menulis di sini. Aku tulis supaya nanti boleh dikenang-kenang satu hari nanti bahawasanya aku anak-beranak pernah berkurung di perantauan. Johor Bahru - Melaka, terasa merentasnya terlalu jauh.

Ini sudah teringat-ingat rumah sendiri. Baru berbalas mesej dengan kakak jiran. Mujurlah ada jiran yang baik hati. Dia yang menengokkan rumah.

"Kak, tengokkan rumah. Saya mesti lama tak balik ni."

Sedih masa menaip mesej untuk dihantar kepadanya. Semoga cepat berakhir. Aku sampai boleh membayangkan setiap sudut dalam rumah aku tu. Belum lagi terngiang-ngiang suara mak. Eh, macam-macamlah berimaginasinya.

Sudahlah aku kena in character; bak kata kawan aku. Yelah, aku menulis memang kena menghayati. Jenuh jadi watak-watak dalam cerita.

Hari ke-26 duduk di rumah, aku macam biasalah. Hari itu suami kerja jadi memang makan pagi itu ringkas-ringkas aje. Kita orang makan roti dan masak maggi. Aku pun dah tak ada idea nak masak apa.

Sarapan aku minum segelas Miracle Choco.

Baru mencuba. Menyokong bisnes seorang teman. Sesiapa yang berminat boleh ke FB nya. Aku beli sekali bedak. Bolehlah tepek kat rumah masa memasak kan. Dah lama tak berbedak. Hahaha.

Ini lego Ammar yang buat. Banyak lagi sebenarnya.

Aku terjebak drama Ironi Kasih. Tertarik nak menontonnya sebab ada Aqasha.

Aku macam biasalah, sambil itu menyiapkan manuskrip. Belum jumpa-jumpa lagi perkataan tamat.

Petangnya, suami beli K Fry. Masak nasi dan panaskan sambal semalamnya.

Itu sahaja coretan ringkas untuk hari ini. Esok sudah hari terakhir kita menjalani PKP fasa kedua. Semoga semua mendengar kata duduk di rumah. Aku nak balik raya wei!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



2 comments:

Warisan Petani said...

Belum boleh balik lagi
Sambung fasa 3 pulak.

Semut Senyum said...

Waalaikummumussalam... selamat siapkan manuskrip! terima kasih sudi bertandang kat blog saya. In shaa Allah saya akan contact melalui email nanti utk bertanyakan pasal penulisan... Terima kasih.