Thursday, April 16, 2020

PKP Fasa Ketiga: Hari ke-29

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Semalam kita sudah memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan. Bagaimana keadaan korang? Semoga semuanya baik-baik saja. Berdoalah jangan putus semoga wabak ini cepat berakhir. Ada masanya diri sendiri menjadi seorang yang paranoid. Lebih-lebih lagi jika suami keluar membeli barang dan keluar bekerja.

Macam-macam perasaan yang menghantui. Bila suami balik saja aku suruh basuh tanganlah, mandilah, apalah, semualah jadi serba tak kena. Yelah, wabak ini merebak tanpa kita nampak tanda. Bila nampak sana sini orang update yang jalan makin sesak dengan kenderaan, hati terdetik.

Kemanakah mereka mahu pergi?
Tidak takutkah mereka?

Allahu.

Tolonglah dengar. Kerajaan sudah suruh duduk di rumah. Duduk sajalah. Janganlah keluar jika tiada urusan. Faham, masing-masing sudah mula bosan duduk di rumah namun untuk memutuskan rantaian Covid19, kita perlu melakukan sesuatu.

Ini namanya pengorbanan.

Semalam, ulangtahun Bandaraya Melaka Bersejarah.

Sarapan yang disediakan oleh Nana.

Kemudian, operasi mengopek bawang. Kalau sebelum ini, bawang sampai busuk. Ini tak sempat pun tumbuh daun ke pokok ke dah habis aku guna. Sampai tak cukup-cukup pula.

Geng aku di dapur.

Kopek dan kisar. Nanti senang nak guna. Bukan semualah dikisarnya.

Suami beli kipas memandangkan kipas kita orang dalam bilik sudah menyembah bumi. Seminggu dua berpanasan dan kadang berangkut kipas kat tempat aku menulis.

Menu semalam. Suami nak makan asam pedas tulang, kemudian ada sup petola, daging masak hitam dan telur masin. Petola tu orang bagi. Dua hari dah dapat sayur-sayuran orang bagi kat flat ni.

Kalau kita rasa kita susah, ada orang lebih susah daripada kita. Sentiasa bersyukur dan jangan merungut.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

NA said...

Rajin kopek banyak-banyak bawang ye.