Selamat malam.
Marilah aku tuliskan juga kisah aku berkursus di Sabah awal bulan Februari tempoh hari. Gambar-gambarnya sudah lama di upload cuma aku belum berkesempatan mahu mengarang. Sibukkan dengan benda lain.
Kadang sudah kehilangan kata-katanya sebab sana-sini aku menulis. Kalau tidak di FB, aku tulis pendek di ruang Instagram. Ada masa menulis di page Karya Fyda Adim. Bolehlah ke sana jika ingin mengetahui pasal novel aku, Insan Kau Cinta.
Waktu ke Sabah, wabak yang melanda negara sudah ada dan waktu itu memang agak risau cuma bila tiada apa-apa arahan yang mengatakan tak payah pergi, jadi kenalah pergi. Sudahlah menggunakan waran kerajaan.
Aku di sana dalam lima hari. Tak silap aku bertolak ke sana 2 Februari 2020. Aku pergi kursus awal-awal biar senang sikit. Nanti cukuplah 7 hari berkursus. Mujur perginya berkawan. Kalau suruh aku sorang-sorang memang tidaklah. Tak berani aku.
Inilah Puan Diana yang menghadiri Kursus Pengurusan Stor bersamaku.
Kami selamat sampai di bumi bawah bayu.
Inilah kawan-kawan sepanjang lima hari di sana. Macam dah lama kenal dia orang walhal semua dari pelbagai jabatan dan agensi.
Grup ini yang asyiklah kerjanya bergambar.
Inilah tempat kami berkursus. Aku pertama kali datang ke tempat ini.
Aku dan kawan yang duduk di sebelah aku. Zainor namanya. Sedang eloklah sebab dua-dua penakut. Siang-siang hari nak pergi toilet pun takut. Jadi kami saling menemani.
Sebelah kanan itulah penceramah kami.
Kebanyakkan antara mereka memang dari Sabah. Hanya empat orang saja dari semenanjung.
Berdiri sebelah aku itu dari semenanjung. Laili namanya. Dia kerja di Putrajaya.
Grup kami dengan penceramah. Sampai namanya pun aku dah lupa.
Aku dan Laili.
Sekali lagi dengan Zainor.
Itulah beberapa keping gambar sepanjang kami di INTAN Sabah. Ada gambar-gambar yang kami outing. Nantilah kalau rajin aku ceritakan. Dua malam kami keluar ke bandar. Seronok tau. Gelak-gelak. Makan-makan.
Hari terakhir yang menyedihkan. Biasalah setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Terasa sangat dekat dengan mereka. Selesa berbual. Selesa semuanya walau hanya dalam tempoh yang singkat.
Sudah tiba untuk pulang ke destinasi masing-masing. Lima hari di sana macam-macam kejadian. Hari pertama kedua aku okey lagi. Masuk hari ketiga rasanya bila dapat tahu ada kejadian seram yang menyerang penghuni di sana, aku juga diselubungi ketakutan. Malam susah nak lelap walhal aku memang penat tapi fikiran terlampau memikirkan cerita seram itu. Sampai membayangkan sendiri.
Hari akhir ini hati terasa amat lega. Sedih mahu berpisah dengan kawan-kawan baharu tapi lega bila ketakutan tidak terus menghuni dalam diri. Kisah seorang 'perempuan' yang suka mengacau dan mengetuk pintu. Ish, tak sanggup nak cerita.
Sebelum berpisah bergambarlah puas-puas.
Gambar terakhir sebelum meninggalkan INTAN kampus Sabah. Kami bertiga balik sekali sebab nak ke lapangan terbang. Yang lain semua orang Sabah.
Aku memang seronok lima hari di sana. Mengenali kawan-kawan baharu pun seronok. Walaupun baru kenal tetapi mesranya seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Semoga grup yang diwujudkan seramai 6 orang itu dapat mengeratkan lagi hubungan kami.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
Kena gangguan ke?
Post a Comment