Thursday, April 9, 2020

PKP Hari ke-16: Bungkusan daripada Karyaseni

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua.

Hari ke 23 kita menjalani PKP. Terfikir sendiri. Bilakah semuanya akan berakhir? Hati sudah meronta-ronta merindui semuanya. Merindui emak ayah, keluarga di Melaka, saudara-mara dan juga kawan-kawan.

Hati sedikit terusik bila kelmarin anak buah buat video call menerusi telefon mak. Rupanya adik aku (ayahnya) yang suruh. Aku lambat baca kat grup Whatsapp.

"Mak, nangis. Dia rindu ko."

Begitulah bunyi mesej yang dikirimkan oleh adik. Itulah emosi sedikit terganggu. Sedih bila berjauhan.

Berbalik pada tajuk. Aku ada memesan novel daripada Karyaseni bila terpandangkan iklannya lalu lalang di ruang muka buku. Ada promosi. Memang sedang mencari novel-novel tersebut, sedang elok pula ada promosi.

Kali ini aku guna alamat rumah untuk pengeposan. Pertama kali guna alamat rumah kat sini sebab tak tahu cara kat flat ini penghantarannya macam mana. Rupanya posmen hantar sampai depan rumah. Jakun dot com jadinya.

Inilah novel yang aku beli secara online dengan Karyaseni. Empat buah novel memang dalam set kombo. Dua buah novel lagi aku tambah. Mengubat hati yang tak dapat ke kedai buku jadi kita belilah online.

Ada masa aku melayan juga drama Budak Tebing ini. Suka pula dengan lagu OST drama ini. Kalau tak menulislah aku layan. Bila sibuk menulis aku tak menonton pun. Lagi pun televisyen dikonker oleh suami dan anak-anak melayankan drama korea.

Semoga wabak yang sedang menyerang Malaysia dan dunia akan cepat berakhir dan terhapus. Semoga kita semua dilindungi. Duduk di rumah tau!

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

NA said...

Rajin membaca novel ye. Saya rajin baca blog dan menonton TV.

Tiara Sapphire said...

dah baca novel rissa ahdiya dgn manuskrip cinta, yg lain tu xde dalam koleksi.