Assalamualaikum.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sudah pun berakhir 6 Mei 2018. Tahun ini aku berpeluang lagi untuk sampai ke PWTC. Aku pergi ke pesta buku pada hari kedua ia berlangsung. Mengikut perkiraan ini adalah tahun kelima aku sampai ke PBAKL. Empat kali di PWTC dan sekali di MAEPS Serdang.
Tahun ini perasaan membuak-buak nak pergi sebab tahun terakhir Jemari Seni di pesta buku. Tahun depan Jemari Seni dah tak ada kat pesta buku. Jemari Seni sudah tutup. Sudahlah aku suka beli novel-novel Jemari Seni. Ditambah lagi aku sudah jatuh cinta dengan penulisan Kak Noor Suraya. Masa mula-mula dapat tahu Jemari Seni akan beroperasi sampai hujung tahun ini, seminggu aku kemurungan.
Jadi modus operandi aku pi pesta buku kali ini memang nak borong buku-buku kat Jemari Seni aje. Kali ini yang best pergi ke PBAKL, jiran aku merangkap dulunya kawan blogger pun ikut sekali. Dia dengan anak lelaki dia aje yang ikut. Suaminya jaga anaknya yang lagi dua orang.
Kemudian, suami aku pula nak ke Auto Show kat MAEPS. Jadi dia turunkan kita orang kat TBS dan kami naiklah tren ke PWTC. Aku ni sudahlah buta tren. Memang tak reti nak naik tren sekitar KL tu. Nasiblah senang. Dari TBS terus turun PWTC. Gigih juga aku tengok peta fasal transit tren kat telefon bimbit. Karang ada juga yang tersalah tunggu tempat naik tren.
Inilah kanak-kanak yang ikut ke PWTC. Ammar ikut papa ke Serdang.
Alhamdulillah. Masing-masing boleh senyum bila dapat naik tren.
Geng mama-mama. Masa ini berharap agar syaiton tak ikut kita orang. Haha.
Sampai juga akhirnya kita orang. Seronok yang tidak dapat digambarkan. Kita orang selesaikan cari buku kat anak-anak dulu. Melayan dia orang dulu sebelum mama-mama menuju ke reruai Jemari Seni.
Masa ini anak-anak dah dapat buku dia orang. Dudukkan dia orang kat satu tempat dan bagi makan roti. Mama-mama ada agenda.
Masa sampai reruai Jemari Seni ini punyalah ramai umat manusia.
Impian untuk bergambar dengan Kak Noor Suraya akhirnya tercapai. Aku kenal Kak Su ni daripada kawan aku ini. Bermula dengan novel-novel Kak Su kemudian aku ada serta satu projek Jemari Seni iaitu Antologi Kelip-kelip Kusangka Api. Itulah kenangan yang ada bersama Jemari Seni.
Minta tandatangan Kak Su untuk novel-novel dia yang kita orang beli.
Kawan aku, Asfaliza dengan Kak Su.
Masa ni aku dah ke anak-anak dulu sementara As uruskan pembayaran.
Kemudian baru berswafoto bersama.
Masa ini kita orang cari tempat lepak. Tengoklah anak buah aku siap berbaring. Kepenatan gamaknya.
Kedua yang paling manis, dapat berjumpa dengan sahabat alam maya. Kami berkawan sudah lima tahun di alam maya. Akhirnya ditemukan di PWTC pada tahun kelima.
Namanya Monalita Mansor. Juga seorang penulis cerpen dan novel. Masa ni aku suruh dia tandatangan buku Tri yang aku baru beli di reruai Jemari Seni. Cerpennya ada dalam naskhah itu.
Fokus dia menandatangani buku.
Kami kepenatan memikul beg yang sudah penuh dengan buku-buku. Ini yang melepak lama di sini.
Kemudian naik tingkat atas sebab Adriana ada nak cari buku lagi. Masa ini suruh depa beratur.
Aku dah duduk melepek kat tepi tangga. Dengan beg-beg. Beg sandang, beg silang, beg tepi dan beg plastik. Terasa macam badang pun ada.
Sudah sampai masanya untuk pulang. Suruh anak-anak bergambar di luar pintu PWTC.
Dalam tren menuju ke TBS.
Selamat sampai di TBS. Dah bersemangat nak naik kereta. Aku dah tak larat masa ni memikul 10 buah buku. Sudahnya ke naik komuter pula ke Kajang sebab suami letak kereta di sana. Memang tak terjangkau dek akal.
Selamat sampai Kajang. Kami singgah makan di Sate Kajang.
Inilah buku anak-anak. Untuk tiga orang anak.
Ini pula koleksi buku yang aku beli. Gigih aku memikul. Buku resipi tu satu aku belikan untuk mak dan satu untuk aku. Novel Lelaki Januari aku sudah habis baca. Sekarang sedang baca novel Pulang. Begitulah kisah manis aku ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk tahun ini. Semoga tahun depan dapatlah sampai ke sana lagi. Kena simpan dana awal untuk ke pesta buku tahun depan.
Sekian dulu entri untuk petang ini. Nanti bersambung lagi dengan entri yang lain. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
Selamat berpuasa
Selamat membaca
Post a Comment