Showing posts with label Rak Buku Fyda Adim. Show all posts
Showing posts with label Rak Buku Fyda Adim. Show all posts

Wednesday, March 13, 2019

Penangan 11.11

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari.

Entri ringkas tengah hari ini. Memandangkan entri ini tersimpan rapi dalam draf, aku gigihkan juga diri untuk menulis. Bukan apa, sebab ada gambar kawan aku yang turut terjebak membeli novel-novel sempena Jualan Gudang Online yang dibuat oleh Karangkraf Mall.

Sejak bulan Oktober sebenarnya aku terjebak membeli novel-novel secara online dengan Karangkraf. Mana tidaknya, jualan murah haruslah aku beli. Macam-macam buku yang aku beli bukan setakat novel sahaja.

Posternya.


Aku siap belikan untuk kawan-kawan. Bukan aku belikan untuk dia orang tapi tolong orderkan. Dia orang bagi tajuk dan aku pilihkan guna akaun aku. Tepat jam 12 malam aku sudah duduk depan komputer untuk memulakan sesi membeli.


Lori KTM sudah tiba.


Ini yang aku terima.

Novel-novel yang sudah dibuka plastiknya.

Antara kawan aku yang terjebak. Katanya nak baca masa cuti bersalin. Entah habis ke tidak buku-bukunya dibaca. Yelah, ada baby kan. Hehehe.

Ini pula untuk kawan-kawan yang bukan di pejabat. Aku hantar hingga ke pintu rumah. Seronok dapat beli buku banyak-banyak walau bukan sendiri yang punya. Perkara utama buka plastiknya, aku cium buku dulu.

Perangai sangatkan.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, August 29, 2018

Lelaki Kiriman Tuhan

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Lelaki Kiriman Tuhan adalah tajuk novel. Novel ini akan diadaptasi ke drama. Aku kan suka kalau novel adaptasi. Lebih-lebih lagi kalau pelakon dia pelakon kegemaran. Jadi, kebetulan aku ternampak kat insta fasal drama Lelaki Kiriman Tuhan. Pelakonnya menarik. Heronya kegemaran aku. Heroinnya pun kegemaran aku juga. Aku suka Mira Filzah ni berlakon selain Nadiya Nisaa.

Sekarang drama ini sedang menjalani pengambaran. Dijangka akan ditayangkan dalam bulan November. Aku rajinlah menengok video-video yang dikongsi hero dan heroinnya di insta. Macam menarik saja dramanya.

Biasalah, kalau Remy Ishak berlakon mesti tidak menghampakan. Aku kongsi dengan kawan aku. Seronok kalau ada geng yang berkongsi minat yang sama. Suka baca novel. Suka layan drama. Suka pelakon yang sama.

Seronok tau.

Walaupun orang tu baru sahaja kita kenal, benda-benda ni boleh jadikan kita rapat dan menjadi kawan. Aku tak kisah siapa pun. Janji dia berkongsi minat dengan aku. Dengan ala-ala makcik bawang, aku beritahulah dia fasal drama ini.

Hasil carian imej untuk lelaki kiriman tuhan
Itu dia pelakon-pelakonnya. Pasti menarik ceritanya. Cerita cinta ini kita boleh layan selagi tidak melanggar batas-batas agama. Aku suka kalau cerita romantik dan sweet-sweet gitu. 

Kebetulan tengok facebook Karyaseni ada promosi. Apa lagi dengan sepantas kilat aku memesan. Kemudian baca review fasal novel ini katanya novelnya best menambah menggeletisnya aku nak membelinya. Selesai membeli aku khabarkan kat kawan aku. Maka dia pun terjebak sekali membelinya. Ini perangai novel best beli sendiri sebab nak buat koleksi. Lagi pun ada diskaun dan tak ada cas penghantaran. Siapa yang tak nak kan?


Semalam, sainglah sampainya novel kami. Masa aku terima aku tangkap gambar dan hantar kat dia. Entah siapa yang khatamkan dulu novel ini. Aku ni baca nak tenang-tenang baru syok membaca. Itu sahaja. Ada kawan bagi cadangan buat review novel-novel yang aku dah baca. Memang ada niat tapi kekangan masa. Akan diusahakan nanti. InsyaAllah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Tuesday, August 21, 2018

Malaysia Membaca

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari.

Entri kedua untuk hari ini. Aku nak menyahut seruan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia berkenaan tanda pagar Malaysia Membaca. Beliau mahu jadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca tahun 2030. Memang bila sahaja aku lihat post ini lalulintas di dinding muka buku, perasaan teruja menerpa dalam diri. Kebanyakkan kawan-kawan muka buku menyahut seruan beliau.

Aku pun turut terjebak sekali. Memang kena sekali dengan jiwa aku. Sebagai seorang yang pencinta buku, aku mahu juga menyenaraikan 10 buah buku kegemaran. Namun untuk entri ini aku senaraikan 10 buah buku yang sedang dalam giliran untuk dibaca. Style membaca bila umur sudah meningkat. Tidak fokus kepada satu-satu buku.

#MalaysiaMembaca

No automatic alt text available.
Inilah 10 buah buku yang sedang dalam giliran untuk dibaca. Semoga aku dapat habiskan pembacaan aku untuk tahun ini. Kesemua buku-buku di atas kecuali Natrah adalah kepunyaan aku sendiri. Natrah tu aku pinjam daripada isteri kawan pejabat. Mujurlah ada yang berkongsi minat yang sama. Seronok tau kalau dapat jumpa dan berkawan dengan orang yang mempunyai minat yang sama. Boleh tukar-tukar buku.

Korang dah baca berapa buah buku tahun ini?

Aku sedang baca novel Surat Bersampul Perang sambil diselangi baca buku kumpulan cerpen remaja, Gadis dan Cermin Masa Depan.

Jom membaca! 
Selamat membaca korang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, August 20, 2018

Perpustakaan Mini Di Rumah

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Bila malam adalah masa aku membelek buku-buku. Tak kisahlah buku apa sekali pun. Kadang baca novel. Kadang baca antologi cerpen. Kadang baca buku anekdot. Selagi boleh membuatkan hati ini berbunga riang selagi itu aku akan baca. Memang waktu malam aku suka duduk dalam bilik kecil merangkap perpustakaan mini. 

Situlah tempat menulis.
Situlah tempat membaca.
Situlah tempat melayan drama.

Ada masa aku suka susun-susun buku yang ada. Berapa kali susun pun tak apa. Janji aku kemas buku-buku yang ada. Kadang aku alihkan buku-buku yang ada pada rak lain. Hahaha. Tak ada kerja kau ni.

Menengok buku-buku yang tersusun kira terapi bagi aku. Bilik kecil ini pun kira sudut kegemaran aku. Tinggal lagi tempat terhad jadi kenalah susun ikut keluasan bilik. Alangkah seronoknya dapat buat satu bilik membaca. Mesti seronok. Memang aku terperuk aje dalam bilik tu ajelah nanti.

Mari aku kongiskan rak-rak buku aku.

Rak ini mulanya kat dapur. Tapi sebab nampak tak berfungsi aje rak ini duduk kat dapur aku angkut bawa masuk bilik. Mulanya aku susun barang-barang candy booth. Tapi aku tukar pula. Aku susun buku-buku pula.

Rak yang menyimpan koleksi buku-buku daripada Jemari Seni.

Ini pula rak lain. Bermacam-macam novel yang tersimpan. Aku mula membeli daripada tahun 2013 kalau tak silap.

Rak kedua tu dah melanyut aje. Itu pun aku cuba kurangkan bebannya. 

Rak cacamarba. Janji ada dalam almari. Tak larat aku nak menyusunnya.

Frame yang terletak di tepi komputer.

Inilah sudut kerja aku. Sinilah tempat aku menulis. Ada masanya tempat aku melayan drama-drama. Tempat terapi untuk diri sendiri. Tak payah keluar rumah pun tak apa. Sesekalilah. Kalau tak keluar rumah langsung mahu benak pula kepala. Hahaha.

Itu sahaja entri malam ini. 
Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Gadis Dan Cermin Masa Depan Buku Baharu

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua.

Selamat bekerja.

Selamat cuti sekolah.

Semoga selamat semuanya. Minggu ini minggu berehat. Berehat daripada huru-hara. Anak-anak cuti sekolah, maknya menarik nafas lega. dapatlah berehat sekejap daripada baju sekolah. Dapatlah berehat daripada memikirkan bekalan anak-anak, berehatlah sekejap sebelah pagi terkejar hantar anak-anak dan sebelah petang menjemput anak-anak pula. Semua mahu cepat.

Baiklah, entri ini aku nak kongsikan buku baharu yang aku beli untuk bulan ini. Sebenarnya dah lama aku memesan pada penulisnya tapi aku boleh terlupa. Barulah bulan ini aku dapat membelinya. Beberapa kali juga aku meninggal pesanan pada penulisnya supaya simpankan untuk aku. Faktor usia asyik terlupa. Itu pun teringat bila penulisnya menulis tentang bukunya ini di dinding muka buku.

Naskhah ini menghimpunkan kumpulan cerpen remaja.

Setiap kali aku membeli, pasti penulisnya menitipkan sesuatu di dalamnya. Semoga aku dapat meneruskan misi membaca aku. Sesiapa yang berminat boleh beli dengan penulisnya, Mohd Helmi Ahmad atau boleh layari blognya di SINI.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




Saturday, August 11, 2018

Novel Pulang Karya Lily Haslina Nasir Dan Tandatangan Remy Ishak

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Bukan main panjang lagi tajuk entri semata-mata nak tulis juga nama Remy Ishak kat tajuk. Perangai ko tak memadan. Untuk novel Pulang, aku ada dua buah naskhah. Satu memang aku sudah beli sewaktu ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari. Novel Pulang ini aku sambar juga selepas aku menghabiskan duit di reruai Jemari Seni.

Kemudian tak sangka pula, aku dapat hadiah novel Pulang yang telah ditandatangani oleh Remy Ishak. Aku masuk peraduan kat Facebook. Masa tu silang kata. Adalah soalan-soalannya. Tak sangka pula aku boleh menang. Rezeki sungguh.

Macam tahu aje aku kemurungan satu hari gara-gara kulit buku novel terlipat. Mana tidaknya aku baca sambil baring. Sudahnya tertidur. Bangun-bangun novel bawah aku. Hahaha. Apa ke lasak bebenor tidurnya.

Aku selamat menghadamkan novel Pulang ini walaupun memakan masa yang agak lama. Bukan sebab naskah ini tidak menarik tetapi kekangan masa. Waktu itu bulan puasa. Ada perkara lain yang perlu aku dulukan. Kemudian lepas raya baru aku sambung semula. itu pun memang target nak habiskan sebelum filemnya ditayangkan di wayang.

No automatic alt text available.
Tandatangan Remy Ishak. Tandatangan Syafiq dah dapat, tandatangan Remy pun dah dapat. Lepas ni nak dapatkan sign Fattah pulak. Hahaha.

Cover novel yang menarik.

Aku habiskan baca novel ini selepas beberapa hari Pulang ditayangkan di wayang. Iklan Pulang yang dimainkan di kaca televisyen menarik minat aku. Tak senang duduk dibuatnya. Memang target nak pergi tengok filemnya.

Aku review novelnya dulu sementara aku belum pergi menonton filemnya. Novel Pulang ini adalah sebuah naskhah yang terbaik. Aku sangat kagum dengan penulisnya, Kak Lily Haslina Nasir ini. Garapannya sangat menarik. Setiap bab dimulakan dengan pantun yang manis-manis. Kisah percintaan Othman dan Che Thom sungguh agung. Novel ini penuh emosi. Gaya penulisan Kak Lily membawa aku menyelami watak Othman dan Che Thom. Aku tak tahulah macam mana gaya aku menonton filemnya nanti. Masa baca novel ini aku boleh membayangkan watak Remy dan Puteri Aishah sebagai Othman dan Che Thom. Pelbagai rasa yang hadir tatkala aku mengikuti kisah percintaan mereka. Kejap rasa suka, kejap rasa geram, kejap rasa marah dan kejap rasa sedih.

Aku dapat rasakan betapa saratnya rindu yang tidak tertanggung antara Othman dan Che Thom. Sehinggakan terdetik dalam hati, 'Oh, betapa susahnya zaman dulu.' Mereka terpisah kerana Othman mahu belayar. Terpisah sudah satu hal. Masalah komunikasi. Menanggung rindu. Sebuah penantian.

Oh, seksanya. 

Aku tak boleh move on lepas habis baca novel ini. Terbawa-bawa kisah mereka. Cukup mengusik tangkai hati ini. Tapi satu yang aku kagum, mungkin orang dulu-dulu begitu taat dan setianya mereka pada cinta. Berpegang pada janji. Walaupun terpisah begitu lama, cinta itu tetap utuh. Bukan macam pasangan sekarang, terpisah sekejap pun ada yang berskandal. Zaman sekarang lagi senang nak berhubung. Whatsapp ada, boleh call, boleh video call.

Aku baca penghujung novel ini ditemani dengan air mata. Meleleh air mata membasahi pipi. Begitu sebak penamat kisah percintaan Othman dan Che Thom. Sesungguhnya cinta mereka sangat kuat. Tunggu aku review filemnya pula. Apa-apa pun tahniah buat penulisnya yang berjaya menulis novel ini adaptasi daripada filem. Tabik sungguh!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, May 17, 2018

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018

Assalamualaikum.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sudah pun berakhir 6 Mei 2018. Tahun ini aku berpeluang lagi untuk sampai ke PWTC. Aku pergi ke pesta buku pada hari kedua ia berlangsung. Mengikut perkiraan ini adalah tahun kelima aku sampai ke PBAKL. Empat kali di PWTC dan sekali di MAEPS Serdang.

Tahun ini perasaan membuak-buak nak pergi sebab tahun terakhir Jemari Seni di pesta buku. Tahun depan Jemari Seni dah tak ada kat pesta buku. Jemari Seni sudah tutup. Sudahlah aku suka beli novel-novel Jemari Seni. Ditambah lagi aku sudah jatuh cinta dengan penulisan Kak Noor Suraya. Masa mula-mula dapat tahu Jemari Seni akan beroperasi sampai hujung tahun ini, seminggu aku kemurungan.

Jadi modus operandi aku pi pesta buku kali ini memang nak borong buku-buku kat Jemari Seni aje. Kali ini yang best pergi ke PBAKL, jiran aku merangkap dulunya kawan blogger pun ikut sekali. Dia dengan anak lelaki dia aje yang ikut. Suaminya jaga anaknya yang lagi dua orang.

Kemudian, suami aku pula nak ke Auto Show kat MAEPS. Jadi dia turunkan kita orang kat TBS dan kami naiklah tren ke PWTC. Aku ni sudahlah buta tren. Memang tak reti nak naik tren sekitar KL tu. Nasiblah senang. Dari TBS terus turun PWTC. Gigih juga aku tengok peta fasal transit tren kat telefon bimbit. Karang ada juga yang tersalah tunggu tempat naik tren.

Inilah kanak-kanak yang ikut ke PWTC. Ammar ikut papa ke Serdang.

Alhamdulillah. Masing-masing boleh senyum bila dapat naik tren.

Geng mama-mama. Masa ini berharap agar syaiton tak ikut kita orang. Haha.

Sampai juga akhirnya kita orang. Seronok yang tidak dapat digambarkan. Kita orang selesaikan cari buku kat anak-anak dulu. Melayan dia orang dulu sebelum mama-mama menuju ke reruai Jemari Seni.

Masa ini anak-anak dah dapat buku dia orang. Dudukkan dia orang kat satu tempat dan bagi makan roti. Mama-mama ada agenda.

Masa sampai reruai Jemari Seni ini punyalah ramai umat manusia.

Impian untuk bergambar dengan Kak Noor Suraya akhirnya tercapai. Aku kenal Kak Su ni daripada kawan aku ini. Bermula dengan novel-novel Kak Su kemudian aku ada serta satu projek Jemari Seni iaitu Antologi Kelip-kelip Kusangka Api. Itulah kenangan yang ada bersama Jemari Seni.

Minta tandatangan Kak Su untuk novel-novel dia yang kita orang beli.

Kawan aku, Asfaliza dengan Kak Su.

Masa ni aku dah ke anak-anak dulu sementara As uruskan pembayaran.

Kemudian baru berswafoto bersama.

Masa ini kita orang cari tempat lepak. Tengoklah anak buah aku siap berbaring. Kepenatan gamaknya.

Kedua yang paling manis, dapat berjumpa dengan sahabat alam maya. Kami berkawan sudah lima tahun di alam maya. Akhirnya ditemukan di PWTC pada tahun kelima.

Namanya Monalita Mansor. Juga seorang penulis cerpen dan novel. Masa ni aku suruh dia tandatangan buku Tri yang aku baru beli di reruai Jemari Seni. Cerpennya ada dalam naskhah itu.

Fokus dia menandatangani buku.

Kami kepenatan memikul beg yang sudah penuh dengan buku-buku. Ini yang melepak lama di sini.

Kemudian naik tingkat atas sebab Adriana ada nak cari buku lagi. Masa ini suruh depa beratur.

Aku dah duduk melepek kat tepi tangga. Dengan beg-beg. Beg sandang, beg silang, beg tepi dan beg plastik. Terasa macam badang pun ada.

Sudah sampai masanya untuk pulang. Suruh anak-anak bergambar di luar pintu PWTC.

Dalam tren menuju ke TBS.

Selamat sampai di TBS. Dah bersemangat nak naik kereta. Aku dah tak larat masa ni memikul 10 buah buku. Sudahnya ke naik komuter pula ke Kajang sebab suami letak kereta di sana. Memang tak terjangkau dek akal.

Selamat sampai Kajang. Kami singgah makan di Sate Kajang.

Inilah buku anak-anak. Untuk tiga orang anak.

Ini pula koleksi buku yang aku beli. Gigih aku memikul. Buku resipi tu satu aku belikan untuk mak dan satu untuk aku. Novel Lelaki Januari aku sudah habis baca. Sekarang sedang baca novel Pulang. Begitulah kisah manis aku ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk tahun ini. Semoga tahun depan dapatlah sampai ke sana lagi. Kena simpan dana awal untuk ke pesta buku tahun depan.

Sekian dulu entri untuk petang ini. Nanti bersambung lagi dengan entri yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Monday, November 13, 2017

Menonton Tombiruo

Assalamualaikum.

Hai semua.

Sejak minat tengok lakonan Zul Ariffin dalam drama Titian Cinta, saya memang mengikutlah beberapa drama yang dilakonnya. Dulu tak berapa tengok kalau dia berlakon. Tambah lagi kalau dia berlakon dengan Ayda Jebat atau Fathia. Lagilah saya tak tengok. Cuma sekarang ini kalau AJ, bolehlah diterima lagi bila sekarang suka dengar lagu-lagu dia. Fathia memang tak boleh lagi sampai sekarang. Haha.

Jadi saya berminatlah nak menonton Tombiruo walaupun wajah Zul Ariffin takkan kelihatan pun hingga ke penghujungnya. Janji Zul Ariffin berlakon. Gitu sekali kekdahnya. Lagi pun baca review orang yang sudah menonton macam menarik. Itulah salah satu yang membuatkan saya teringin untuk menontonnya.

Pujuk sang suami. Saya kira kalau drama aksi dia tak keberatan nak teman saya memandangkan filem Bisik Pada Langit saya pergi sendiri. Memang tak nak ajak suami pun sebab filem tersebut kisah sedih. Sudah tentu saya akan berdrama air mata. Sebelum dijadikan bahan dek laki sendiri, baik saya pergi menonton bersama teman.

Akhirnya, suami setuju nak bawa menonton Tombiruo. Dengan anak-anak sekali kami pergi. Dah lama tak pergi menonton wayang empat beranak.

Kami menonton di MBO dekat Melaka Mall sahaja. Lagi pun dekat dari rumah.

Sebelum masuk panggung haruslah bergambar di luar.

Berswafoto bersama anak-anak.

Kami empat beranak.

Bukan main tekun orang belakang mengulit telefon bimbitnya.

Sempat bergambar di dalam panggung.

Ini sudah keluar panggung.

Lepak kat sini dulu sambil memikirkan mahu makan malam di mana.

Akhirnya, makan di McDonald sahaja.

Keluar wayang, anak-anak asyik bertanya. Sebenarnya dari dalam panggung wayang telah disuarakan rasa tidak puas hatinya.

"Ma, kata ada Zul Ariffin tak ada pun." Itu dialog Dak Adik.

"Ma, kenapa Zul Ariffin kena pakai topeng?" Itu Dak Kakak pula bertanya.

"Kenapa dengan muka Zul Ariffin?" Dialog bersama dua-beradik.

Jenuh juga saya nak menjawab dan menerangkannya. Hihi. Budak-budak biasalah. Tak lari daripada sesi bersoal jawab.

Secara keseluruhannya, saya puas hati dengan filem Tombiruo ini. Walaupun Zul Ariffin tidak menampakkan wajahnya namun lakonannya masih mantap berganding dengan Faizal Hussein yang sememangnya hebat. Cuma wataknya sebagai ayah sekejap sahaja.

Adalah sedikit babak-babak yang terkehel, itu biasalah. Mana ada keseluruhannya sempurna. Tidaklah memberi impak sangat pada filem tersebut dan tidaklah saya rasa terkilan menontonnya. Saya memang tak pernah ikut novelnya sebab saya tak gemar baca thriller. Tapi selepas menonton Tombiruo saya rasa saya perlu menukar gaya bacaan saya. Novel Tombiruo yang kulit bukunya gambar pelakon telah pun saya beli tempoh hari usai beberapa hari saya menonton filemnya. Nampaknya saya perlu hadamkan novelnya pula.

Inilah novelnya yang baru saya beli seminggu yang lepas. Belum sempat membacanya. Akan diselitkan juga masanya sebab sekarang sibuk menulis. Ada banyak benda nak kejar jadi aktiviti membaca perlu diperlahankan buat seketika waktu. Itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim