Selamat pagi. Bila hujung minggu perasaannya lain macam. Hujung minggu adalah masa tempoh bertenang. Aku tak adalah risau nak mengejar masa menguruskan anak-anak untuk ke sekolah. Kemudian bolehlah buat kerja yang patut.
Sudah hari ketiga berpuasa. Semoga dipermudahkan urusan kita untuk menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah. Waktu aku memang sibuk. Memang penuh jadual aku. Ada tambahan aktiviti di mana melakukan perkara di bulan Ramadhan. Berterawih dan bertadarus. Aku memang mengejar nak cepat khatamkan sebelum ada halangan yang datang. Lepas solat aje aku mengaji dua tiga muka surat. Setakat ini masih konsisten. Itu cabaran untuk diri sendiri.
Baiklah, ahad lepas ada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur. Aku memang tunggu-tunggu anugerah ini. Aku kan memang peminat drama-drama melayu jadi memang gemarlah dengan anugerah begini. Saje suka-suka.
Kali ini aku ikut serta untuk undi. Dah lama tak join benda-benda begini. Dari zaman anak dara memang suka join. Dulu rajin hantar yang Anugerah Bintang Popular. Akademi Fantasia pun aku pernah hantar undian untuk Mawi. Gigihlah masa tu dok topup kredit. Masa tu aku belajar kat politeknik lagi rasanya. Entahlah dah lupa.
Zaman dulu lagilah minat artis Siti Nurhaliza. Memang aku jadikan idola sungguh Dato Siti tu. Zaman tu gila beli majalah URTVlah, majalah manggalah, entah apa-apa lagi. Ada muka Dato Siti Nurhaliza memang aku beli. Masa tu aku ada geng jugak macam sekarang. Kita orang memang ikut cerita-cerita artis ni. Biasalah artis kan. Public figure. Tanpa peminat siapalah artis. Gitu.
Untuk DFKL aku undi untuk semua kategori. Tiap hari setiap 2 jam. Aku dengan kawan aku. Kita orang suka tengok lakonan Syafiq Kyle. Jadi hakak-hakak ni mampu bagi sokongan dari jauh saja. Undi dan undi.
Kita orang undi untuk Capik bagi kategori pelakon lelaki, drama pilihan Dekatkan Jarak Kita dan pasangan pilihan Capik dan Ayda Jebat. Mujurlah pasangan pilihan dan drama pilihan dapat ke dia. Tidaklah peminat-peminatnya frust.
Tahniah buat Syafiq dan Ayda dan team drama Dekatkan Jarak Kita. Sekarang yang frust sebab drama Dekatkan Jarak Kita Raya tak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu. Frust jugak. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment