Thursday, May 3, 2018

Bertemu Sahabat Alam Maya

Assalamualaikum.

Hai.

Entri malam pula menyusul. Sementara mood rajin nak menulis ada dalam diri marilah siapkan entri seberapa banyak yang boleh. Tak nak bertangguh lagi. Makin hari makin banyak yang mahu dikongsikan dan diceritakan. Blog sebagai diari harian kekdahnya. Jadi tak mahulah cerita yang boleh dititipkan sebagai kenangan dilupakan begitu saja.

Awal tahun ini banyak perkara manis yang berlaku. Antaranya dapat bertemu dengan sahabat alam maya. Selalunya memang berhubung melalui laman muka buku. Perkenalan kami sebenarnya bermula daripada grup whatsapp Tulis Sampai Jadi Duit. Senior geng menulis yang mewujudkan grup whatsapp tersebut. Kemudian kami melebarkan ke laman muka buku dan sesekali ada berwhatsapp sesama sendiri.

Alhamdulillah. Aku dipertemukan dengan sahabat yang baik. Terasa seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Kalau dulu aku kecewa dengan sebuah persahabatan namun Allah sudah gantikan kekecewaan itu dengan yang lebih baik. Aku masih lagi dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang baik.

Kebetulan, Kasena datang ke Melaka sebab jadi orang sebelah adik iparnya yang melangsungkan perkahwinan. Namanya Husna tapi dia bahasakan dirinya Kasena. Kebetulan lagi, homestaynya sangat dekat dengan kawasan perumahan yang aku tinggal. Dapatlah kami jumpa hari jumaat sebelah malamnya di kedai makan depan taman.

Pesan minuman dan keropok sahaja sambil bercerita tak henti-henti.

Kemudian aku hantar dia ke homestaynya. Sempatlah kami berswafoto di dalam kereta. Bukan senang nak jumpa begini. Jadi gunakanlah peluang yang telah diberikan. Masing-masing tinggal berjauhan. Dia asalnya dari Penang tapi sekarang sedang menyambung pelajarannya di Kelantan. Waktu jumpa masing-masing tidak membawa anak-anak. Jadi dapatlah bersembang dengan sedikit ketenangan.

Seronok. Aku memang gembira. Masih ada sahabat yang sudi berkawan dengan aku. Terima kasih Allah kerana memberi peluang dan rasa ini. Semoga persahabatan ini akan terjalin dengan baik kerana sahabat adalah anugerah yang indah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments: