Assalamualaikum.
Entri kedua untuk hari ini. Entri ini tidaklah lama sangat tersimpan dalam folder draft. Masa ini lepas yang aku balik larian Fit Malaysia kat Telok Mas. Memandangkan masa tu tinggal tiga beranak aku ajaklah adik dan mak aku keluar.
Aku mesej adik ipar. Ajak karaoke. Dua hari sebelum dah aku ajak dia sebab dah tahu suami akan pergi kursus. Jadi kenalah cari aktiviti sendiri dan anak-anak agar masa itu terisi. Begitulah kaedahnya.
Jadi kita orang keluar sebelah petang. Sudahlah sebelum keluar hujan turun lebat juga membasahi bumi. Terpaksalah tunggu hujan reda dulu barulah kita orang keluar. Destinasi kita orang ke AEON Bandaraya. Situ ajelah tempat karaoke yang best.

Sepupu-sepapat.
Sementara menunggu aku cucuk duit. Dia orang dok bergambar.
Aku dan adik ipar.
Sempat bergambar sebelum menuju ke tempat karaoke.
Gigihlah semua nak menyanyi. Mak aku pun aku hangkut masuk.
Swafoto lagi.
Adriana, Nayli dan adik ipar.
Adriana dan nenek.
Mama nak menyanyi masa ni diajak bergambar.
Hujung tu menyanyi sampai angkat kaki.
Kita orang bergambar di luar tempat karaoke. Aku suka gambar ini.
Kemudian kita orang singgah makan di kedai belakang Hotel Cowboy. Aku suka sebab pernah makan sekali dengan jiran aku. Itu yang aku ajak dia orang cuba. Usai makan, kita orang pun balik. Aku hantar dia orang dan terus balik ke rumah. Begitulah kisah 'quality time' bersama keluarga tercinta. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment