Assalamualaikum.
Hai.
Salam jumaat. Salam pembuka bicara untuk pagi ini. Selalunya, hari jumaat adalah hari yang paling gembira. Hari kurang stres. Pada akulah. Sebab esoknya adalah hari sabtu dan hari cuti. Memang tersangatlah seronoknya. Bila tiba hari jumaat, berkobar-kobar melangkah ke pejabat. Sudahlah waktu rehatnya panjang. Lagi menambah keseronokkan.
Selalunya rehat panjang aku bukan ke mana pun. Jadi penunggu pejabat saja. Itu pun sudah cukup nikmat. Sebab waktu itu aku nak sambung buat kerja atau aku layan mata aku. Apa lagi tidurlah. Tapi hari ini macam rasa stres. Sebab petang nanti ada mesyuarat bahagian.
Sudahlah buat sebelah petang. Waktu itu jasad saja di pejabat. Selebihnya sudah ada di rumah dulu. Harapnya hari ini tidaklah mendapat stres di petang hari. Aku sudah siap siaga nak menjawab apa petang nanti. Itulah yang susah jadi orang yang tak pandai bercakap. Memang kau akan kena sentiasa. Mohon bertabahlah.
Gambar ini aku tangkap sewaktu jogging di Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Katanya, bersenam dapat membantu kita menangani stres dan perasaan marah. Semoga kita dijauhkan dengan masalah diri yang satu ini kerana stres ini bahaya juga jika dialami secara berpanjangan. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment