Tuesday, May 29, 2018

Kisah Ramadhan: 9 Ramadhan

Assalamualaikum.

Entri ketiga untuk hari ini. Dalam masa sibuk uruskan anak-anak aku sempatlah menulis blog. Ketagihnya sudah sampai. Maklumlah kalau dah mula menulis memang perasaan nak menulis akan ada aje. Nak mula menulis cerpen aje belum sampai seru. Memang tahun ini aku agak lambat untuk memulakan semuanya.

Berbalik kepada kisah 9 Ramadhan. Aku sekeluarga berbuka di rumah mak. Memang sudah dimaklumkan pada mak yang kami akan berbuka di rumahnya. Tengah hari mak sudah hantar mesej menerusi aplikasi whatsapp.

Mak kata dia masak nasi ayam dan agar-agar. Aku pun sebab hari tu kerja memang tak fikir nak masak apa pun. Aku cadang nak suruh suami beli sesuatu di bazaar ramadhan aje.

Menu kami hari tu. Kita orang beli kuih keria dan roti john. Sebab keluarga aku tak berapa besar jadi makanan tidaklah melimpah ruah.

Usai berbuka, kami ke Masjid Al-Azim untuk berterawih.

Balik terawih ajak suami lepak mamak. Rindu nak ngeteh bagai. Hahaha. Masa tengah lepak, jiran telefon nak maklumkan kat aku dia nak balik kampung. 

"Ko kat mana?"

"Mamak."

"Tak habis-habis ko dengan mamak."

Biasalah, aku dan mamak berpisah tiada. Mujurlah tak berlakikan mamak. Sipi-sipi mamak aje. Haha. Ya ampun bang. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: