Saturday, May 19, 2018

Ammar Qayyum Darjah Satu

Assalamualaikum.

Entri kedua untuk hari ini. Kisah Ammar Qayyum pula. Lama dah entri ini tersimpan dalam folder draft. Aku gigihkan juga menulis untuk kenangan di sini. Alhamdulillah Ammar Qayyum sudah lima bulan berada di alam persekolahan rendah. Sudah lima bulan juga dia bergelar budak darjah satu. Kerisuan mama pada mulanya bagaimana dia mahu membawa diri di sekolah rendah makin hari makin menghilang perasaan itu.

Alhamdulillah. Ammar Qayyum tidak lagi menangis ke sekolah. Syukur sesangat sebab mama tak perlu risau lagi. Dulu masa dia bersekolah di tadika cina dia seakan tidak boleh menyesuaikan diri. Hampir setiap hari aku menghantar ke sekolah dia akan menangis.

Begitulah kiranya situasi yang perlu aku hadap. Memang setiap hari kena ada ayat memujuk dan mengumpan dia. Sekarang sudah tak ada lagi. Dia dah nampak besar sikit perangainya. Hehe.

Hari pertama dia ke sekolah.

Aku cuti dua hari nak memantau dia di sekolah. Risau juga takut dia menangis. Kebetulan ada sorang budak lelaki melalak masa tu. Mujurlah dia tak join menangis berjemaah dengan budak tu. Mak dia selalu tak konfiden dengan anak. Tak baik kan.

Dia sudah beratur dalam kelas dia.

Masa ni waktu rehat. Aku perhatikan dari jauh. Beg bekal yang warna biru tu Ammar.

Aku dah bawakkan dia bekal masa tu. Ammar ni pemakan. Dia nampak nasi lemak dia teringin. Pergi beratur tapi dia dok pegun aje dalam barisan. Lambat jadinya. Beli nasi lemak ayam. Bila dah dapat masa dah suntuk. Dia kelam kabut nak cari tempat duduk. Dalam pada mencari ayam goreng pun terbang jatuh ke lantai. Mama rasa sebak masa tu. Macam nak suap dia aje masa tu. Tapi tak boleh diikutkan. Begitulah cerita hari pertama Ammar Qayyum memegang status budak darjah satu.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: