Tuesday, May 29, 2018

Hanya Mampu Merancang

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Selamat bercuti sempena hari wesak.

Sebenarnya, semalam aku cuti. Kononnya nak menyambung cuti dengan wesak. Dapatlah cuti empat hari. Ada rancangan sebenarnya semalam aku cuti. Kononnya nak buat kuih raya sebab anak-anak sekolah. Jadi lepas hantar anak-anak sekolah, bolehlah aku buat kerja aku.

Barang kuih dah beli sebenarnya jumaat lepas. Nak buat conflakes madu dan cornflakes coklat aje. Nak dijadikan cerita, jumaat tu jugak aku diserang selsema. Membawa ke malam masa aku solat terawih memang berperang dengan selsema.

Sampaikan Adriana cakap, "Mama paling bising masa terawih tadi."

Manakan tidak, aku dok sot set sot set mengawal air hidung. Kebetulan masa tu berbuka puasa kat rumah mak adik ada bagi ubat selsema. Balik tu aku pun telan sebiji ubat. Rupanya melarat penangan ubat tu. Aku melayan mata yang mengantuk. Dalam pada melayan mata mengantuk aku sempat ke Family Store beli barang dapur.

Ini stok sebulan kononnya tapi nanti mesti ada menjejakkan kaki lagi ke family store sebab nak raya kan mesti nak beli macam-macam. Sampai rumah sambung layan mata lagi sampailah petang. Kemudian gigih bangunkan diri untuk masak mee kari. Nanti aku cerita entri lain. Kisah selsema aku melarat sampai ke hari ahad. Ingatkan aku aje yang tak sihat.

Ahad tu Ammar pula demam. Rasa badannya panas. Aku sempat bagi ubat demam. Selebihnya aku tidur dengan dia. Kemudian rasa si kakak pun demam. Aku ni dengan mata tak boleh bukaknya. Petang tu nak masak berbuka pun aku tak larat. Ammar pula buat permintaan nak makan KFC.

Aku pun makan ini aje sebab tak lalu.

Lepas maghrib barulah kami keluar menuju ke AEON Ayer Keroh menunaikan permintaan anakanda berdua pada 11 Ramadhan. Sebenarnya dia orang pun tak selera. Makan sikit aje pun. Selebihnya kita orang bawak balik. Dan semalam rancangan aku nak buat kuih raya tak tercapai. Anak-anak demam tak sekolah. Aku pun masih melayan kantuk sebab on drugs lagi. Mata asyik nak pejam aje. Sudahnya kita orang tiga beranak melepek aje semalam.

Begitulah rancangan aku yang tidak menjadi. Hari ini entah apa yang aku boleh buat. Adriana macam nak kena chicken pox sebab badan dia ada bintik-bintik merah dan semalaman dia menggaru. Inilah dugaan di bulan puasa.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

Aduhai.
Besar dugaan.
Moga cepat sihat dan dpt buat kuih ekk.
Aida next week in shaa Allah buat biskut raya.
Tgk la tahap kerajinan hi hi...