Assalamualaikum....
Hai semua. Selamat hari selasa. Baru dapat update blog ni. Semalam tak update sebab mood banyak ke laut. Mood kecewa. Sebab?Kecewa yang bersebab, takkan kecewa tak ada sebab atau tak ada motif. Biarlah rahsia tapi sememangnya aku memang kecewa. Ermmmm..
Okay, hari ahad 5 Mei 2013 yang lalu adalah hari di mana kita sebagai rakyat Malaysia keluar mengundi. Aku juga begitu. Ke tempat mengundi dihantar adik aku. Then pi lah mengundi sendiri. Anak-anak aku dengan mak aku kat rumah. Mak dan adik aku dah undi awal lagi. Laki den pulak mengundi kat tempat lain. Aku di SK Peringgit manakala laki den kat SK Bkt Rambai.
Nasiblah masa aku tu tak payah nak beratur panjang. Sampai je terus masuk ke bilik tempat mengundi. Aku kena saluran 5. Tak kiralah apa jua yang aku tanda, sememangnya itu yang aku sokong dari dulu. lain orang lain pendapatnya. Tapi pada aku kalau dah tak sokong sesuatu pihak tu tak payahlah nak menghentam orang lain kot. Macamlah diri tu sempurna. Melayu kata melayu. Sedih.
Cukuplah luahan di atas. Aku tak nak cerita bab politik kat blog aku ni sebab aku bukan tahu sangat hal politik ni. Pada aku janji negara Malaysia ni aman dan damai. Aku boleh keluar untuk bekerja, boleh berjalan-jalan dan bebas menjalankan aktiviti harian kita.
Ini jari aku yang telah diwarnakan. Laki aku kata ni calit ke celup?
Ini jari laki aku. Mana aci kan letak jari aku sorang. Laki den kerja masa hari mengundi tu. Sempat hantar gambar kat whatsapp. Heee...
Sebelah malam seperti biasa melekat depan tv menanti keputusan PRU 13. Bukan main lama nak tunggu keputusan. Apa-apa pun semuanya telah selesai. Panjang umur, kita tunggu lagi 5 tahun untuk mengundi. Sekian entri untuk tengahari ini.
3 comments:
Memang dlm sejarah Fida lama betul nak umum keputusan sampai ke pagi..
tahniah. bn menang!!!
aida tertido, tak dpt letup kan mercun hi hi hi... bangun jer, najib da potong pulut kuning...
I'm truly enjoying the design and layout of your website. It's a very easy on the
eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit more
often. Did you hire out a designer to create your theme?
Great work!
my web-site; acoustic guitar a chord
Post a Comment