Assalamualaikum...
Selamat petang. Entri kedua muncul di petang hari. Memandangkan tengahari tadi tidak keluar ke mana-mana kerana masalah kesihatan yang melanda diri, so berlepak-lepakan saja di opis. Makan pun dekat kafe diu opis. Semuanya di opislah hari ini aku bersiaran langsung.
Okey, berbalik kepada tajuk di atas yang saja nak cari publisiti. Hehehe...Marilah aku nak ceritakan perjalanan aku, mira mokhtar dan adik ipar aku ke Kuala Lumpur semalam. Kali kedua kami ke Kuala Lumpur bersama-sama atas urusan sendiri. Perjalanan kami berjalan lancar semalam walaupun semalam berjalan dalam keadaan menderita kerana kaki masing-masing melecet!!!Huh!!!
Mari dengar cerita saya...
Jam 9 pagi sampai di Melaka Sentral. Mira mokhtar mengamuk sebab aku lambat. Maafkan saya penunggu gua. Saya ada anak-anak kecil. Haraplah maklum. Alasan!!!Tiket bas sudah dibeli. Kami naik Metrobus dan tiketnya berharga RM9.20. Pada sesiapa yang nak merasa naik bas ekspress bolehlah mencubanya.
Kami, tiga blogger yang oooooseeemmm. Boleh tak?Tak pun tukar pada so sweet. Tiga blogger yang so sweet. Okey, sudah-sudah. Inilah yang dikatakan bila blogger ke Kuala Lumpur. :D
Seronok kan naik bas ekspress Mira Mokhtar?
Adik dan kakak yang sengal. Dulu nak adik pompuan, kini dialah adikku. :D
Kami sudah sampai di TBS. Sekali lagi kami sampai di sini atas satu tujuan, impian dan harapan. InshaAllah jika ada rezeki kami ke arah bidang itu. Sampai TBS amik tren untuk ke KLCC. Seperti biasa kena turun Masjid Jamek dulu tukar tren.
Sampai KLCC kita orang makan dulu sebab ada 1 jam lebih lagi untuk ke 2.30. Event kami mula jam 2.30 petang. Pilihan makananku adalah ayam penyet. Adik ipar aku yang cadangkan. Sedap!!!
Penuh berselera dia orang makan.
Mira dengan adiknya, Leya. Leya, makan sopan-sopan ye dik. Hehehe
Aku dan adik iparku. Makan secepat mungkin sebab nak mengejar masa ke majlis penyampaian hadiah di Menara Maxis.
Entri akan bersambung lagi kerana gambar kita orang terlalu banyak dari dua kamera. Fuh!!!Juling biji mataku mahu pilih gambar-gambar. Bersambung...
1 comment:
Meriahnya ☺☺. Dah lama tak naik bas.
Post a Comment