Selamat tengahari. Selamat sudah aku mengisi perutku ini. Hari ini aku makan nasi berlaukkan sambal ayam, sayur kubis masak lemak, ikan kering, sambal belacan dan juga tenggek burung, Sedap!!Alhamdulillah kenyang. Mungkin kenyang sampai ke malam. Nak cerita sikit mengenai drama yang disiarkan di TV3 jam 7 malam. Drama adaptasi daripada novel juga. Drama bertajuk Teduhan Kasih.
Drama ini diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Marissa. Aku memang peminta setia drama-drama tempatan. Tapi biar kena dengan pelakonnya. Memang aku akan mengikutinya sampai ke penghujung.
Pelakon untuk drama ini adalah Ady Putra, Sheery Ibrahim, Shah Iskandar dan Nabila Huda. Penguat untuk aku tonton drama ini sebab ada Ady Putra berlakon. Aku memang minat lakonan Ady Putra.
SINOPSIS TEDUHAN KASIH
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.
Suatu
hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual.
Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun
diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan
Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi
berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa
ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka.
Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai
talak satu mengejutkan Iffa.
Tanpa
hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau
oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan
sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu
dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu
sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.
Iffa
yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah
bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa
kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut
sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki
asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan
keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO
di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita
cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.
Pada
waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi
membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan
kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa
dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu
dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak
pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.
Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.
Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.
Sama-sama kita tonton episod-episod seterusnya. Aku sudah dapatkan novelnya dan sedang membaca novel tersebut. Setakat ini memang best jalan ceritanya. Okeylah, setakat ini sahaja untuk tengahari ini. Bersambung lagi...
1 comment:
Waaaa dah tak surprise dah... Haha..
Post a Comment