Monday, May 13, 2013

~Cerita Hari Jumaat~

Assalamualaikum semua...

Selamat bertemu kembali di hari isnin.  Semoga semuanya berada dalam keadaan ceria.  Maklumlah hari isnin. Kalau aku hari isnin ni memang agak suam-suam kuku jea diri ini.  Heee. Tapi akan aku cuba untuk melawan diri ini untuk menjadi ceria. ^____^

Ceriakan bila senyum sampai ke telinga.  Selagi ada kawan-kawan yang menggembirakan hati di ofis memang diri ini akan sentiasa ceria.  Okaylah nak cerita hari jumaat lepas.  Kemanakah aku dan juga mira mokhtar?Kak nisah tak nak ikut, katanya nak tidur waktu lunch.  Ermmm..

Mula-mula kita orang ke Mydin untuk tapau makanan.  Tak lama pun kat Mydin sebab kita orang ada misi yang lain.  Settle tapau makanan terus ke Kota Fesyen.  Aku nak survey langsir.  Cadangnya nak tukar langsir tahun ni.  Bukan untuk raya sebenarnya pun langsir tu tapi atas sebab-sebab tertentu yang membuatkan keadaan mendesak untuk aku buat langsir yang baru juga tahun ni.  Dah survey beberapa kedai.  Ada yang mahal dan ada yang murah.  Nantilah cerita lain.

Lepas dah survey langsir, kita orang ke kedai yang memang aku suka masuk kat sini.  I like!!!

Tadaa..Kita orang ke Kedai Romantika.  Wah...Blink blink mata masuk sini.  Aku memang suka english style.  Tapi rumah aku tak ada gaya english hokey.  Tak reti aku nak decorate.

Mira beli yang nie untuk rumah barunya.

Beli jam untuk biliknya kot.  Aku yang pilih.  Cantik tak?

Oh yea, masa kat Mydin sempat beli minyak wangi.  Sedap baunya.  Aku pilih minyak wangi jenama britney spears.  Aku pakai minyak wangi murah je.  Bukan yang ratus-ratus pun.  Tak mampu nak pakai jenama mahal-mahal. :D

Settle semua misi untuk hari tue kita orang balik ke ofis.  Sampai jea ofis terus makan.  Aku makan maggi goreng.  Jemu makan nasi.  Tapi ada orang tue kata tak nak makan nasi tapi dia beli nasi goreng ikan masin.  Aku confuse jap masa tu.  Heeee.. Jangan marah yea orang berkenaan.

Dan juga air nie untuk membasahkan tekak.  Strawberry oreo dari each a cup.  Yummy!!!Itulah cerita aku dan juga kawan aku untuk hari jumaat.  Minggu depan kena survey lagi.  Laki den suruh survey kedai paling paling murah.  Okay, saya menurut perintah..Winkk...^___^







                                                                                                                    

No comments: