Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua. Korang dah lunch? Harapnya sudah menjamu selera waktu lunch ini. Aku ada bawa bekalan dari rumah. Ada lebihan makanan semalam, so hari ini aku bawaklah. Jangan membazir. Hehehe...
Oleh kerana semalam aku berpuasa, tekak teringin nak makan something yang dimasak sendiri. Ngada-ngada betul tekak ni. Selain aku yang berpuasa, my SIL pun puasa. Cantiklah tu. Ada kawan nak berbuka dan kebetulan semalam aku kat rumah mak aku. Kita orang pun bercadang untuk masak. Balik kerja tanpa sempat menukar baju, dengan berbaju kurung ke dapur ye. Ayu tak? Dialog SIL aku "Kak, ayunya di dapur?"
My SIL sampai je rumah dia pun terus ke dapur. Nasiblah petang semalam Nayli tidur. So umi boleh concentrate di dapur. Nana kata "Mama macam masterchef.." Hah, banyaklah masterchef. Masak dua menu pun macam mahu pengsan.
So, inilah menu berbuka kami semalam. Simple jea.
Spiral goreng versi aku main campak-campak. Apa yang ada aku masukkan. Ini jealah yang ada. Hehehe..
Inilah makanan yang tekak aku ngada-ngada nak makan. Lasagna. Sebut betul-betul Lasagna yea. Sangat-sangat menggoda dengan cheesenya yang begitu banyak kami tabur.
Tak sabar punya pasal, panas-panas lagi sudah dipotongnya. Awesome!!!!Aku makan banyak sampai surrender. Perut tak boleh diisi lagi. Sio hari ni bawa sikit ke opis sebab si Mira Mokthar nak rasa. Kalau tak sedap telan saja ye, Mira!:D
3 comments:
oh!!ohsem!!!saya lapar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
mintak sket lasagna tu sepotong dua..hehe
nape tak ckp buat lasagna.
aida sudi byr @ tempah... alang-alang da buat tu hi hi hi...
Post a Comment