Monday, May 27, 2013

~Makanan Untuk Berbuka~

Assalamualaikum...

Menjelang tengahari pasti ada yang terfikirkan tentang makanan.  Mahu makan apa untuk lunch ini?Atau pada sesiapa yang berpuasa, sudah pasti berfikir mahu berbuka apa pula.  Betul tak?Hari ini aku tidak berpuasa cuma nak share mengenai juadah berbuka aku minggu lepas.  Kalau tak silap aku.

Pada sesiapa yang tidak tahu mahu makan apa untuk lunch atau berbuka nanti, marilah tengok menu aku berbuka minggu lepas.  Mana tahu boleh bagi korang idea pula.  Makanan di bawah bukan aku seorang diri yang makan.  Masa ni berbuka kat rumah mak.  Jom...

Nasi kerabu.  Ini memang feveret aku kalau time puasa.

Tauhu bakar.  Aku beli di Mydin Ayer Keroh.

Otak-otak juga aku beli Mydin.  Aku kirim pada offismate yang kebetulan mahu ke Mydin.

Dan kek coklat yang aku order daripada opismate aku juga.  Wifenya yang buat.

Sejak bermalas-malasan mahu membaking aku order je.  Pada sesiapa yang mahu order bolehlah ke FB kepunyaannya di SINI.  Sekian entri makan-makan.  Aku pula tak tahu nak makan tengahari ini.  Mau makan apa kawan-kawan??








                                                                                                                     

No comments: