Showing posts with label PRU Stories. Show all posts
Showing posts with label PRU Stories. Show all posts

Sunday, May 13, 2018

Cerita Pilihan Raya




Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Selesai sudah pilihan raya. Perasaan susah hati, berdebar sudah pun berakhir. Apa jua keputusan haruslah diterima dengan berlapang dada. Kita sudah di bawah tampuk kerajaan yang baharu. Siapa pun yang memerintah seharusnya kita perlu hormat pada kerajaan kita. Itu sahaja. Tak perlulah kecam sana sini.

Okeylah, aku tak nak ulas apa-apa fasal politik. Aku nak kongsi dan simpan buat kenangan tentang pilihan raya kali ini. Ini adalah kali ketiga aku keluar mengundi. Aku masih lagi mengundi di tempat yang sama walaupun sudah berpindah ke rumah sendiri. Tempat mengundi aku di sekolah berdekatan dengan rumah mak. Masih sayang lagi dengan kampung aku.

Tempat mengundi aku dan suami berlainan. Suami pun mengundi di kampungnya. Aku, mak dan adik sama tempat mengundi. Ayah pula di tempat lain. Adik ipar aku pun mengundi di kampungnya. Dalam jam 9 pagi kami keluar ke rumah mak sebab aku dah janji nak pergi dengan mak. Adik sudah bawa ayah ke tempat mengundi.

Inilah tempat aku mengundi. SK Peringgit.

Aku sudah bersedia masa ini. Bersemangat.

Aku mengundi di Saluran 4. Beratur juga tapi taklah aku menunggu lama.

Selesai sudah. Waktu ini aku sedang menunggu emak.

Jari mak dan jariku.

Kemudian mak long pun keluar mengundi. Dengan berkerusi roda bagai. Semangatkan.

Aku dan mak long yang aku panggil obek.

Ini pula jari-jemari laki bini. Haha.

Nakal sungguh gambar ini. Cucunda blur-blur masa kita orang dok tunjuk kat dia. Mestilah si Amanda Dareena dok pelik. Awatlah semua dok tunjuk kat aku?

Nanti menyusul entri kesinambungannya daripada entri ini. Selesai mengundi kita orang ada family gathering. Memandangkan anak-anak buah balik mengundi, kita orang berkumpul sambil masak-masak dan makan-makan. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, May 7, 2013

~Selesai Mengundi~

Assalamualaikum....

Hai semua. Selamat hari selasa. Baru dapat update blog ni. Semalam tak update sebab mood banyak ke laut. Mood kecewa. Sebab?Kecewa yang bersebab, takkan kecewa tak ada sebab atau tak ada motif. Biarlah rahsia tapi sememangnya aku memang kecewa. Ermmmm..

Okay, hari ahad 5 Mei 2013 yang lalu adalah hari di mana kita sebagai rakyat Malaysia keluar mengundi. Aku juga begitu. Ke tempat mengundi dihantar adik aku. Then pi lah mengundi sendiri. Anak-anak aku dengan mak aku kat rumah. Mak dan adik aku dah undi awal lagi. Laki den pulak mengundi kat tempat lain. Aku di SK Peringgit manakala laki den kat SK Bkt Rambai.

Nasiblah masa aku tu tak payah nak beratur panjang. Sampai je terus masuk ke bilik tempat mengundi. Aku kena saluran 5. Tak kiralah apa jua yang aku tanda, sememangnya itu yang aku sokong dari dulu. lain orang lain pendapatnya. Tapi pada aku kalau dah tak sokong sesuatu pihak tu tak payahlah nak menghentam orang lain kot. Macamlah diri tu sempurna. Melayu kata melayu. Sedih.

Cukuplah luahan di atas. Aku tak nak cerita bab politik kat blog aku ni sebab aku bukan tahu sangat hal politik ni. Pada aku janji negara Malaysia ni aman dan damai. Aku boleh keluar untuk bekerja, boleh berjalan-jalan dan bebas menjalankan aktiviti harian kita.

Ini jari aku yang telah diwarnakan. Laki aku kata ni calit ke celup?

Ini jari laki aku. Mana aci kan letak jari aku sorang. Laki den kerja masa hari mengundi tu. Sempat hantar gambar kat whatsapp. Heee...

Sebelah malam seperti biasa melekat depan tv menanti keputusan PRU 13. Bukan main lama nak tunggu keputusan. Apa-apa pun semuanya telah selesai.  Panjang umur, kita tunggu lagi 5 tahun untuk mengundi.  Sekian entri untuk tengahari ini.







                                                                                                     

Friday, May 3, 2013

~Selamat Mengundi Buat Semua~

Assalamualaikum....

Entri di petang hari kerana punya masa terluang masa waktu rehat tadi. Dapatlah aku update sesuatu di sini. Ahad ni kita semua akan pergi mengundi. Menjalankan kewajipan dan tanggungjawab kita. Sudahkah anda bersedia?Bagi yang duduk jauh, mungkin ada yang sudah pulang ke kampung atau tempat masing-masing untuk mengundi.

Aku dekat je tempat mengundi aku. So ahad pagi aku balik rumah mak aku untuk mengundi. Ini adalah kali kedua aku mengundi.



Akhir kata untuk semua yang sudah cukup umur dan sudah mendaftar sebagai pengundi, SELAMAT MENGUNDI.  Buat mereka yang pulang ke kampung semoga perjalanan ada selamat pergi dan balik.  Pilihan di tangan kita, mengundilah dengan pilihan yang betul. Aku?Masih setia pada yang satu.

Sekali lagi, Selamat Mengundi buat semua.