Assalamualaikum semua...(hah buat nada Johan hokey!)
Selamat pagi selasa!!!Semoga hari ini menjadi hari yang lebih lebih lebih baik dari semalam. InshaAllah. Bila selalu mengharap yang baik jika tidak dapat yang baik pasti kita akan berasa kecewa dan semestinya sedih!!!Itu sudah pasti bukan?
Nak cerita serba sedikit perihal aku yang sudah setahun memandu. Bila roadtax sudah ditukar ini bermakna kereta comelku sudah setahun bersamaku. Kejap jea kan masa berlalu pergi. Aku juga sudah setahun memandu kereta comelku yang banyak berjasa padaku. Walaupun sudah setahun aku menjadi pemandu tapi aku masih amatur. Belum tahap profesional lagi.
Aku bersama kereta comelku. Walaupun aku beli second hand tapi aku bersyukur kerana tidak perlu lagi bersusah payah menumpang orang. Setahun memandu masih takut-takut lagi. Orang lain mungkin dah profesional. Aku tidaklah setakat nie memandu dari rumah ke tempat kerja. Kemudian balik rumah mak dan balik rumah aku. Kalau ke shopping tue mesti tempat yang aku rasa aku berani nak pergi. Hehehe. Pilih-pilih tempat yea aku nie.
Biasalah pemandu baru beginilah gayanya. Kalau dulu datang awal nak rebut parking. Parking kena muka ke depan. Senang nak keluar, tak payah reverse. Sekarang dah okay sikit kot. Tapi dalam setahun memandu nie ada satu jea benda yang belum berani aku buat. Nak tahu apa?Tuang minyak sendiri.^___^
Dahsyat tak aku nie?Memang itulah hakikatnya. Entahlah, aku belum ada keberanian lagi. Selalunya asben yang akan tuangkan penuh untuk hari bekerja. Kalau asben tak ada, aku ajak kawan aku teman dan kawan aku yang akan tuangkan. Nantilah aku belajar dan memberanikan diri. Aduhai....
Itulah kisah aku sepanjang setahun memandu sendiri. Tidak ada lagi pergi berhantar, balik berambik. Sesekali jea jadi mem.^___^
4 comments:
eleh..baru 1 tahun orang dh nk msuk 2 tahun ok bulan 9 ni(belagak sikit)hahhaahaha
I baru 15 tahun :P
takpe. tahun yg kedua ni prektis jadi racer terbaeeek... hi hi hi...
hehee.sy pandai tuang minyak tp malas..selalu suruh huby tuang hehe
Post a Comment