Sunday, May 12, 2013

~Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku!~

Assalamualaikum...

Entri kedua untuk hari ini.  Aku baca kat fb semua wish untuk ibu kerana hari ini adalah hari ibu. Mungkin!Tanpa ada apa-apa juga niat hanya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua wanita yang sudah bergelar ibu.  Tak kiralah ibu ke, mak ke, mama ke, semuanya sama sahaja.  Hanya panggilan sahaja yang berlainan.

Aku juga ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk mak aku.  Terima kasih mak kerana melahirkan along dan sentiasa bersama along di masa susah dan senang.

Aku bersama mak bergambar masa menyambut ulangtahun kelahiran mak aku tahun lepas.  Along sayang mak!!

Tidak lupa juga ucapan untuk ibu mertuaku yang aku panggil mak juga.  Terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai menantu mak.  Heee...Tengok tu mak mertua potong lemang aku sibuk bergambar.  Peace yo!!!

Sekian sahaja entri kedua aku.  Mari kita hayati lirik lagu di bawah ini.

Tajuk lagu  : Ibu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu








                                                                                                                      

No comments: