Assalamualaikum...
Selamat pagi semua. Isnin kembali menjengah lagi untuk isnin yang terakhir untuk bulan Mei ini. Semoga hari ini diberi ketenangan dalam diri. Diharap tenang hingga ke petanglah ye. Mencari mood untuk bekerja setelah 3 hari bercuti. Memanglah malas sedikit menyelubungi diri.
Alhamdulillah, minggu lepas tidak putus-putus benda gembira yang hadir dalam diri setelah diri ini berada dalam kesedihan oleh sesuatu perkara. Perkara yang tidak dapat aku sangkalkan. Tapi tak apa. Allah maha mengetahui semuanya. Semoga akan perolehi kegembiraan buat masa akan datang.
Salah satu benda yang ditunggu-tunggu adalah cek bernilai RM800 dari Peraduan Erti Kawan yang aku, SIL dan Mira join. Memang sangat-sangat dinanti-nantikan sebab sudah tidak larat menjawab pertanyaan daripada orang. "Cek dah dapat belum?" Itu baru dapat RM800. Kalau RM8000 tak tahulah macam manalah gayanya pulak.
Inilah bungkusan kiriman pos yang diterima. Pos ke alamat rumah mak aku atas nama Mira Mokhtar.
Dan inilah surat yang disertakan bersama cek. Rezeki buat kami. Alhamdulillah. Pengalaman indah semasa menghadiri audition.
Inilah ceknya. Telah selamat di bank ini. Sekali lagi alhamdulillah sahaja yang dapat diucapkan. Semuanya atas pemberian olehNya. Sekian entri pagi ini.
3 comments:
wah!! byk rm800 tu, buleh beli macam2..
tahniah dapt cek....wah sangt untung..rezeki ..rezeki..
tahniah dapt cek....wah sangt untung..rezeki ..rezeki..
Post a Comment