Selamat tengah hari.
Gara-gara tidak boleh 'move on' dengan filem Pulang dan masih teruja dengan lakonan Remy Ishak dalam filem itu, aku gigih ulang drama-drama Remy Ishak yang pernah aku tonton dulu. Bukan aku saja yang berperangai begitu, kawan aku pun sekali terjebak. Habis dah aku yang suruh. Macam drama Cik Serba Tahu. Aku memang tak pernah tinggal tengok cerita tu. Rasanya drama tu dimainkan kat televisyen tahun lepas.
Aku ni memang suka tengok drama Melayu tapi tengok juga drama apa, pelakonnya siapa, boleh hadam ke tidak. Bukanlah semuanya aku ikut. Kalau Remy berlakon aku masih lagi tengok cuma kalau macam ada babak yang aku tak boleh nak hadam tu aku memang tinggalkan. Ikut pada fikiran kita sendiri sebab kita yang tengok.
Tapi setakat ini Remy Ishak kalau berlakon memang aku jarang tinggal. Remy kalau berlakon memang menjiwai betul. Tidaklah kayu macam Fattah Amin mula-mula berlakon. Eh, sekarang Fattah tak kayu ye. Haha. Aku selagi berlakon best aku suka aje. Tak kiralah. Macam tu juga dengan heroinnya.
Aku gosok baju sekolah hujung minggu lepas, siap angkut ipad sebab nak tengok drama Cik Serba Tahu.
Remy berlakon dengan Sariyanti. Kenalah gandingan dia orang berdua. Aku boleh hadamkan sampai habis. Dan pertama kalinya aku ulang tengok dan aku hadamkan kesemua 16 episod.
Nur Kasih, aku tengok juga. Memang tak tinggal drama ini.
Drama ini pun aku tengok. Tak pernah miss.
Lagi satu telemovie ni. Tajuknya Destinasi Cinta Sara. Aku suka heronya dan aku minat gila dengan heroinnya. Aku minat Nadiya Nisaa sejak dia berlakon drama Adam Hawa.
Akhir sekali, ni drama bersiri untuk tahun ini. Aku tak tinggal juga tapi beberapa episod belakang aku tak berapa nak tengok sebab adegan berpelukannya terlampau pula. Aku nak tengok pun segan. Lagipun tak sesuai nak menontonnya bersama anak-anak. Aku layan online dan kemudian tengok endingnya aje.
Itu sahaja. Entri suka-suka. Adakalanya kita kena mencari sesuatu benda yang boleh buat hati kita gembira dan bahagia. Carilah bahagia masing-masing tanpa menjatuhkan manusia lain. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment