Wednesday, August 1, 2018

Para Tetamu Tiga Syawal

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Bersambung lagi entri yang berkisarkan tentang raya. Tak habis-habis. Aidiladha lagi beberapa hari sahaja nak muncul tetapi cerita Aidilfitri masih lagi belum habis diceritakan. Baiklah, aku target sebelum raya haji aku habiskan. InsyaAllah. Mudah-mudahanlah yea. Banyak sangat halangan dan rintangannya.

Malam tadi masa nak menaip tiba-tiba sound komputer ke laut. Jenuh aku betulkan speakernya. Aku pula jenis nak menulis sambil dengar lagu. Menggodeklah aku kejap komputer dengan speaker. Kejap aku cabut wayar, kejap aku tarik wayar bagi tegang. Adalah dalam 20 minit aku membuang masa kat situ semata-mata nak dengar lagu.

Mujurlah aku tak putus asa. Dua tiga kali juga aku shut down komputer dengan harapan soundnya tiba-tiba elok sendiri. Hahaha. Setelah 20 minit berposak akhirnya aku berjayalah membetulkannya. Inilah yang keluar entri ini pagi ini.

Baiklah, aku teruskan. Mukadimah aje dah panjang berjela.

Bersambung raya ketiga. Sepupu-sepapat dari Johor memang dah beritahu awal-awal nak datang raya ketiga. Memang dah beberapa tahun dia orang akan datang rumah. Ziarah ayah sejak-sejak tak sihat. Lagi pun sejak nenek sudah tiada memang beginilah cara kami berkumpul. Kalau dia orang turun Melaka memang aku ajak datang ke rumah. Satu sebab biar aku aje yang boleh masak. Aku tak nak kecahkan rumah mak sebab nanti tak ada siapa nak kemas. Jadi mak ayah aku akan datang ke rumah aku.

Senanglah. Aku tak nak susahkan sesiapa. Lagi pun aku suka orang datang rumah aku. Masak-masak untuk tetamu. Kalau suami aku ada lagi aku suka sebab dia orang kedua di dapur. Bab potong-memotong aku serah kat dia. Aku suka masak tapi bab memotong ni aku agak kemalasan. Kalau tak ada orang aku potonglah juga tapi dalam slow motion gitu.

Inilah menu-menu yang aku masak tempoh hari.

Ayam masak merah untuk nasi tomato.

Jelatah.

Kuah mee kari.

Meenya.

Bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama mee kari.

Paru goreng sambal. Pertama kali aku masak untuk orang luar dan mendapat sambutan. Alhamdulillah. Gambar nasi tomato tak sempat nak tangkap.

Tetamu pertama. Memandangkan aku masak-masak, aku jemputlah kawan-kawan yang rapat. Alang-alangkan.

Ini tetamu yang ditunggu-tunggu. Semuanya sedara-mara aku.

Ini juga. Ruang tengah tak muat kenalah makan di ruang tamu.

Aku siap dengan apron bagai. Anak buah aku yang sibuk mengusik. Masa ini masak lagi buat tambahan lauk.

Dalam pada sibuk masak sempat berposing di tepi rumah.

Kemudian sepupu-sepapat aku nak balik. Macam biasalah sebelum balik kenalah bergambar. Beginilah keadaannya kalau nak bergambar bila sudah ramai-ramai. Menyusun dan memanggil-manggil.

Yang ini sudah bersiap sedia.

Akhirnya dapatlah disusunatur semuanya. Sebelah ayah aku memang ramai.

Setahun sekali bergambar begini.

Ini pula anak-anak buah sebelah mak aku. Propnya tong sampah di depan rumah. Aku sebenarnya amik video masa ni sekali dia orang dah ready posing. Jadi bibiknya pun tangkaplah gambar dia orang. Anak-anak buah aku ni memang sporting.

Menjelang petang, kawan-kawan sekolah aku pula yang datang.

Ini kawan-kawan kesayangan aku. Harap dia orang sayang aku juga.

Gambar ini memang mencari angle yang sesuai. Dua orang tu berdiri belakang aku semata-mata nak nampak kurus. Mujurlah suami si berbaju ungu tu sabar nak melayan karenah.

"Al, ko depan. Kita orang nak belakang. Aku nak nampak kurus."

Macam-macamlah korang ni.

Kawan suami pun ada yang datang. Ini kawan baik suami dari sekolah.

Ini pula kawan menulis. Namanya Nurul Syahida. Tahun ini tahun kedua dia beraya rumah aku. Kami pernah dalam antologi yang sama. Dari situlah mulanya perkenalan kami. Sempat membeli buku aku lagi.

Patutnya gambar ni dulu. Hentam sajalah. Sudah malas nak menyusun. Pilih-pilih gambar pun sudah cukup memeningkan.

Keluarga mentua pun datang. Inilah keluarga mentua. Adik ipar dan biras serta mak mentua.

Penutup untuk raya ketiga. Gambar bersama keluarga mentua yang diketuai oleh laki aku. Dia kalau duduk depan memang saja nak show off lesung pipit dia. Dapat bini suka bergambar dari dia tak reti bergambar jadi reti. Hahaha.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: