Tuesday, August 7, 2018

Pertemuan Syawal

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Saya cuba untuk menghabiskan entri-entri fasal raya. Sebolehnya semua gambar ketika raya akan saya simpan di dalam blog ini sebagai kenang-kenangan. Hari ini mood saya ingin membahasakan diri sebagai ‘saya’. Nampak sopan sikit. Selalu saya bahasakan ‘aku’. Itu acah-acah ganas. Hehehe. Jadi nak belajar jadi sopan. Itulah kadang dah terbiasa. Menulis pun kalau bercerita tulis ‘aku’ jugak.

Dalam entri ini kira ceritanya random sebab dah tak ingat hari raya ke berapa. Lepas raya ketiga programnya sudah berkecamuk. Mana yang kawan suami datang, kawan aku datang, beraya rumah sedara. Mana yang sempat bergambar saya bolehlah ceritakan.

Ini kawan-kawan sekolah saya. Oleh sebab gambar ini tercicir dalam entri tetamu raya ketiga, jadi saya kongsikan gambar ini di sini. Boleh pulak terlupanya. Merajuk kawan aku. Hahaha. Mereka ni kawan gelak yang sampai kejung pipi. Kalau kemurungan boleh jumpa dia orang.

Beraya ke rumah sedara.

Ini pula kawan belajar suami semasa di UMS datang beraya.

Ini pun beraya rumah sedara.

Ini pula kawan sepejabat yang datang beraya. Umi Norsofiah namanya.

Hari yang sama kawan pejabat saya datang, kawan Adriana pun datang beraya. Tengoklah si Adriana, dengan berseluar tidur menyambut kawannya. Hehehe.

Ini pula saya beraya ke rumah kawan blogger pada mulanya dan sekarang jadi kawan realiti merangkap cikgu tuisyen si Ammar.

Kemudian raya keberapa kami beraya ke rumah kawan sekolah. Berjanji dalam 3 orang untuk ke rumah Nur Hanani Zamani. 

“Naniiiii, aku sebut nama penuh ko lagi.”

Mohon terharu.

Sebelum balik wajib berswafoto lagi.

Kemudian adik sepupu dari Batu Pahat datang Melaka. Kita orang jumpa kat rumah kakak sepupu saya di Batu Berendam.

Tahun ini sempat beraya ke rumah sahabat lama masa sekolah. Ini pun kawan gila-gila. Bercakap dengan dia ada aje yang nak digelakkannya. Sudah bertahun tidak beraya ke rumahnya. Tahun ini memang teragak nak beraya ke rumah. Baru-baru ini dikejutkan dengan pemergian bondanya ke negeri abadi. Raya hari tu baru jumpa.

Kemudian sempat bertemu dengan penulis Monalita Mansor. Sepatutnya dia nak beraya ke rumah tapi oleh sebab kekangan masa kami berjumpa di luar sahaja. Jumpa kejap aje pun janji jumpa. Ini pertemuan kami yang kedua selepas pertemuan di PBAKL. Siapa sangka perkenalan kami dari alam maya membawa ke realiti. Saya berkenalan dengan penulis ini semasa kami sama-sama menyertai peraduan menulis ebook anjuran Maxis.

Rasanya itu sahaja gambar-gambar random yang mahu dikongsikan di entri ini. Mohon jangan ada yang tercicir lagi. Bukan tak nak masukkan tapi terlupa. Maafkan kekhilafan diri ini. Hehehe. Sadis.

Seronok bila masa raya sebolehnya mahu bertemu dengan sedara-mara dan sahabat-handai. Waktu inilah hubungan silaturrahim boleh terjaga dan merapatkan ukhwah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments: