Monday, August 13, 2018

Jamuan Raya Taska Astana Bonda

Assalamualaikum.

sambung lagi entri raasa. Seriously, aku dah rasa nak muntah masa menulis entri fasal raya. Tapi sebab aku dah buat draf, aku gigih jugak meneruskan penulisan. Macam-macam yang aku rasa. Pening kepala, nak muntah. Sampaikan aku togok botol air yang berisi air lemon aku buat. Kerja menangguh beginilah. Punya banyak entri yng kena tulis.

Apa pun salah satu kenangan yang aku coretkan di sini adalah jamuan raya taska anak-anak. Tahun ini tahun pertama anak-anak duduk di Taska Astana Bonda. Setakat ini senang sebab taska ni sebelah rumah aje. Jadi memudahkan aku yang suami kerja jauh ni untuk aku uruskan anak-anak sebelah pagi dan sebelah petang.

Jamuan raya taska diadakan malam pada hari jumaat. Rasa dah nak hujung-hujung Syawal. Tarikhnya memang dah tak ada dalam kepala. Lupa terus. Ini pun mujurlah ada gambar dan aku dah siap-siap letak dalam draf. Sayang pula kalau tak diceritakan.

Suasana malam itu.

Ini lagi yang sempat aku tangkap malam itu.

Sebelum balik sempat bergambar dengan cikgu taska merangkap pemilik taska yang paling tinggi tu empunya badan. Yang lain ibu bapa yang hantar anak-anak mereka. Anak-anak entah ke mana. Biasalah bila dah jumpa kawan-kawan memang tak nampak depan mata. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: