Assalamualaikum.
Selamat malam.
Malam ini barulah terasa lapang sikit. Agak awal habis buat kerja rumah. Balik tadi masak siap-siap. Sepantas yang boleh. Ada masanya aku mengalami kekalutan dalam pengurusan masa sebenarnya. Adakalanya memang masa sangat-sangat mencemburui sehinggakan aku tidak dapat langsung melakukan aktiviti penulisan.
Baiklah, aku teruskan dengan kisah raya yang belum lagi sampai ke penghujung. Entah berapa lama lagi nak habis. Pening. Apa pun nak juga tulis sebab akan datang bolehlah aku kenang dan baca balik. Minggu kedua raya, keluarga sebelah suami ajak beraya di kampung. Mak mentua aku nak beraya kat kampung sebelah arwah apak mentua.
Aku pula jenis tak ada kampung memang seronoklah nak ikut beraya ke kampung. Memang aku tak ada kampung pun. Dulu masa belum kawin, mak ayah aku asalnya memang Melaka. Rumah nenek sebelah mak belakang rumah aje. Rumah nenek sebelah ayah kat Taman Kota Laksamana. itu pun arwah nenek tinggal dengan pakcik. Memang tak ada pengalaman pun balik kampung dan merasakan suasana kampung.
Rumah pertama yang kita orang sampai. Aku dah berbelas tahun kahwin tapi masih keliru dengan sedara-mara suami. Sebelah Nana tu sepupu Nana. Anak along nombor dua.
Swafoto kami. Sebelah Ammar tu anak along nombor tiga. Sebaya dengan Nana.
Menjamu selera di rumah pertama.
Kemudian ke rumah pak andak.
Ini di rumah pertama. Alahai gambar sudah bercampur-campur. Malaslah aku nak membetulkannya.
Ini pula rumah sepupu suami.
Ini rumah kedua yang kita orang pergi.
Ini rumah sepupu suami yang kita orang duduk bergambar di tangga. Kedatangan kami dihidangkan dengan menu mee bandung yang sangat lazat.
Cucu-cucu mak mentua yang sulung. Lelaki tu anak sulung along. Tengah tu anak sulung aku. Sebelah Nana tu, Alya anak sulung uda.
Aku dan biras yang sedang mengandung.
Ini pun rumah sepupu suami.
Kami dipisahkan dek tirai. Hahaha.
Ini rumah terakhir kami pada hari itu.
Itu sahaja gambar yang sempat aku rakam sepanjang kami beraya di kampung. Semoga ada peluang lagi untuk beraya bersama pada tahun depan. InsyaAllah. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
Dah nak raya haji Fyda
Post a Comment