Monday, August 6, 2018

Majlis Ulangtahun Kelahiran Amanda Dareena

Assalamualaikum.

Selamat petang. 

Makan apa tengah hari tadi? Aku berpuasa hari ini. InsyaAllah. Mudah-mudahan sampailah ke Maghrib. Sabtu kelmarin, kami sekeluarga ke Petaling Jaya untuk memenuhi jemputan anak buah aku sempena majlis ulangtahun kelahiran pertama anakandanya, Amanda Dareena.

Kira Amanda ni pangkat cucu akulah. Waktu umur begini aku sudah memegang status sebagai nenek. Tak kisahlah walaupun nenek sedara tetap nenek jugak. Berturut-turut sabtu aku dan keluarga ada program luar Melaka. Sabtu minggu lepas menziarahi bibik dan mamang aku di Plentong yang akan berangkat ke Tanah Suci hari ini.

Sabtu baru-baru ini pula ke Petaling Jaya. Memandangkan anak buah aku buat majlis anaknya sebelah petang, jam 5.30 petang baru mula, kita orang bertolak dari Melaka jam 2.30 petang. Memang target nak ke situ aje. Tak ada jalan mana-mana. Dari Melaka kita orang saing dengan mak apak anak buah aku iaitu kakak sepupu akulah kiranya. Dia orang tak tahu jalan. Jadi berkonvoilah kita orang. Tak konvoi pun jumpa kat Tol Sg.Besi.

Seperti biasa co-pilot jadi pembaca waze. Dulu-dulu naik kereta boleh bantai membuta, sekarang jangan haraplah. Kering tekak aku bagi arahan. Ke kiriiiii....ke kanannnn lagi 100 meter. Aku siap beli air nescafe tak mau bagi mengantuk. Bukan apa dikhuatiri henfon ke arah driver je nanti. Hahaha.

Masuk Tol Sg.Besi je dah mula sesak.

Itulah kereta sepupu aku. Dia dok whatsapp. Jangan bawak laju-laju. Kita orang ni warga emas. Hahaha.

Alhamdulillah. Setelah berliburan di atas jalan raya untuk beberapa jam akhirnya kami tiba di destinasi di A&W Petaling Jaya. Aku suruh budak berdua ni bergambar dengan hadiah masing-masing. Hadiah tu aku beli last minit sebelum nak datang.

Anak buah aku yang bongsu. Afiqah namanya. Dia ikut sekali naik Preve. 

Dengan kakak sepupu aku merangkap nenek Amanda. OOTD dua orang nenek yang acah-acah hispter. Dreescodenya hispter. Adui celah mana nak gaya hipster.

Empat orang yang namanya A. Namaku A. Alfidah, Afiqah, Adriana dan Ammar.

Kuih-muih sudah tersusun di atas meja.

Inilah gerangannya. Anak buah aku, Amirah dan anakanda Amanda. Memandangkan si Amanda kerjanya nak menangis aje bila orang lain dukung jadi mamanya ajelah yang jadi mangsa. Tengok muka Amanda baru lepas nangis tu. Biasalah umur-umur gitu nampak orang lain menangisnya macam kita bawak hantu. Hahaha.

Gigih apaknya menampal nama anaknya. Kasih seorang bapa.

Waktu makan. Masing-masing berselera.

Meja belakang kita orang.

Kemudian bergambar dengan maskot pulak.

Kemudian ada games untuk kanak-kanak. Game pertama music chair. Betul ke namanya.

Si Ammar tu masuk gak. Beria dia tu. Sekali terkeluar dia boleh nangis. Ko rasa? Jenuh aku memujuk si Ammar. Apaknya kata mental koyak. Ikut mama ko lah ni. Mujur jugak si Adriana terkeluar. Tidaklah berpanjang rajuk si adik. Sekali game kedua si kakak masuk lagi. Ammar tak nak masuk. Dapat pulak si kakak hadiah. Udah. Macam mana aku nak memujuk lagi.

Aku dan kakak sepupu aku lagi. 

Suruh dua beradik ni amik gambar dengan maskot. Memujukkan si Ammar. Tengok muka Ammar tak ikhlas betul nak bergambar. Terpaksalah katakan.

Sebahagian daripada kami.

Kejutan birthday untuk anak buah yang ketiga yang jatuh sehari sebelum hari lahir Amanda. Anak buah aku Adibah 1 Ogos, Amanda 2 Ogos.

Potret keluarga. Ini pun tak cukup korum sebab adik sekeluarga aku tak datang.

Si adik sudah mampu tersenyum. Mujur kakak dapat dua hadiah. Pujuk kakak untuk bagi satu hadiahnya pada si adik. Hadiah satu besar satu kecil. Demand pulak budak kalah tu. Kakak bagi kecik dia nak besar. Apaknya kata selalu kecik tu yang mahal. Hahaha. Apak punya saiko.

Akhir sekali, sebelum pulang kenalah bergambar beramai-ramai. Swafoto daripada kami sebelum berpisah. Muka bahagia masing-masing sebab perut sudah kenyang. Aku dan kakak sepupu meneruskan perjalanan balik ke Melaka. 

Alhamdulillah. Perjumpaan yang singkat tetapi meninggalkan kenangan yang manis buat kami. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments: