Selamat tengah hari.
Tajuk entri kali ini bukan main gempak sekali. Sesekali kan kenalah gempak sikit. Bukan setakat gempak, gedik pun iye jugak. Hahaha. Sesekali menggedik. Allah. Dah tua-tua ni, umur pun dah middle age usahlah nak menggedik sangat.
Tak ada apalah. Ini sekadar suka-suka sebagai seorang peminat dan penyokong tegar pada Syafiq Kyle. Hahaha. Gitu. Aku bukan saja peminat Syafiq, tapi minat juga pada Fattah Amin, Remy Ishak, Ady Putra, Aqasha dan Fahrin Ahmad.
Wah, jejantan aje minat ko kan. Hahaha. Jangan amik serius.
Kalau zaman belajar minat dengan Rosyam Nor. Minat pun bukan semua drama yang dia orang berlakon aku tengok. Macam drama Syafiq berlakon Mencintaimu Mr Photographer. Aku tak tengok pun sebab tak minat heroinnya.
Sesuka hati aje ko tak minat orang. Tengok. Aku dah menyimpang jauh. Nak cerita fasal kad raya aje pun. Mukadimahnya bukan main panjang lebar.
Raya kelima aku terima kad raya daripada Syafiq Kyle. Macamkan ko kenal je cara ko cakap tu. Tidaklah. masa tu aku tengok website Syafiq. Kemudian terpandang kat Projek Kad Raya Syafiq. Apa lagi aku pun mencuba nasib. Isilah maklumat yang diminta. Aku siap buatkan untuk dua orang kawan aku lagi. Tapi itulah, sorang dapat. Sorang lagi sampai ke sudah dok kecewa tak terima pun kad raya Syafiq. Mampu kesian ajelah. Agaknya kad raya Syafiq dah kehabisan. Tak apa kita cuba lagi tahun depan.
Inilah rupa kad rayanya. Masa ini Adriana bawa masuk. Aku tengah makan kat meja. Masa tu aku masih lagi bercuti. Sambung cuti sebab muka gatal-gatal. Salah makan. Aku pun bukaklah sampulnya. Terpampang kad raya coklat ini. Hati berbunga riang.
Adriana tanya, "Ma, siapa hantar?"
"Syafiq Kyle."
"Wahhhh macam mana mama boleh dapat. Mama kawan dengan Syafiq Kyle ke?"
Mama nak ketawa pun hado. Banyaklah ko pun kawan. Masa aku terima kad ini suami aku keluar pergi main golf.
Zoom sikit kadnya.
Ini bahagian luarnya.
Ini pula bahagian dalamnya.
Ada soalan pula tu. Sempatlah si Syafiq ni menulis banyak-banyak. Tapi kawan aku yang dapat tak ada soalan cuma sign Syafiq aje. Kira aku bernasib baiklah. Jangan eksen sangat.
Bila tuan kastam balik, Adriana cakap "Pa, mama hari ni dia teruja sangat."
Wah, si kakak pula yang over tahu perasaan mama. Bukan mak ko lompat bintang ke apa masa buka sampul kad tadi. Dalam masa yang sama, "Ma, macam mana mama boleh dapat. Nana pun nak jugak."
Tak puas hati lagi tu. Hahaha. Itu sahajalah kisah aku dan kad raya Capik Kyle.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment