Hai.
Selamat petang. Rehat tadi tak keluar sebab aku bawa bekal dari rumah. Jadi berehat di tempat sendiri aje sambil makan dan sambil menaip. Banyak sangat sambilnya. Nak cepat siapkan entri percutian ni. Dah jemu kut menulisnya. Banyak sangat gambar jadi kenalah part by part aku ceritakan.
Semalam dalam akhbar Sinar Harian, kisah percutian aku ke Pulau Langkawi ada tersiar. Ada sesiapa perasan tak? Jadi hari ini, marilah aku ceritanya lagi. Cerita yang tersiar dalam akhbar tu nanti-nantilah aku ceritakan. Kalau rajinlah ye.
Hari kedua, seperti dalam tentatif yang diberi adalah island hopping. Aktiviti ini pun aku cuak juga. Memang belum pernah merasa island hopping ini. Antara takut dan teruja. Yelah, nak naik bot bagai. Untuk aktiviti ini, kita orang berpecah. Ada keluarga yang sudah pergi dulu, ada yang tidak ikut serta sebab ada yang isteri-isteri mengandung, memang tak bolehlah nak ikut kan.
Aku dok usha spa ni tapi tak sempat pun nak pergi.
Sebelum bertolak untuk island hopping, kami sarapan dulu. Pagi itu kami sarapan di hotel saja. Makanannya tak berapa nak menarik.
Ammar makan kokocrunh aje.
Usai makan, lebih kurang jam 10.30 pagi semua menunggu di lobi.
Menunggu van untuk menjemput kami ke tempat bot.
Aku dan anak-anak.
Swafoto kami empat beranak.
Ini sewaktu kami sudah berada di dalam van.
Penuh satu van.
Ini antara sebahagian daripada kumpulan kami.
Sebelum naik bot, marilah bergambar terlebih dulu.
Siap siaga untuk menaiki bot.
Bot sudah bergerak laju. Angin kuat memukul-mukul pipi.
Panorama indah sepanjang perjalanan kami.
Seronok rupanya. barulah boleh mengukir senyuman.
Kami lagi.
Ini video yang sempat aku rakamkan sepanjang perjalanan ke Pulau Dayang Bunting.
Kami sudah tiba di jeti Pulau Dayang Bunting.
Kami sudah tiba di jeti Pulau Dayang Bunting.
Singgah pula Pulau Singa Besar. Kelihatan burung-burung helang berterbangan.
Banyak bot-bot yang ada di situ.
Banyak bot-bot yang ada di situ.
Bot-bot yang akan menurunkan penumpang di sini. Boleh bayangkan turun memang senang, nak naik balik tu memang azab. Ada seorang budak lelaki, anak officemate suami terpaksa kakinya jadi pemijak. Dapat bayang tak? Kuda-kuda gitu.
Begitulah cerita Island Hopping. Kos bot yang kami naiki untuk satu bot adalah RM450. Nanti sambung lagi. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
1 comment:
rindu langkawi.
ntah bila nak dtg lg.
tiket flight mahal sgt ler, fida!
Post a Comment