Monday, January 23, 2017

Travelog : Pulau Langkawi - Island Hopping

Assalamualaikum...

Hai.

Selamat petang. Rehat tadi tak keluar sebab aku bawa bekal dari rumah. Jadi berehat di tempat sendiri aje sambil makan dan sambil menaip. Banyak sangat sambilnya. Nak cepat siapkan entri percutian ni. Dah jemu kut menulisnya. Banyak sangat gambar jadi kenalah part by part aku ceritakan.

Semalam dalam akhbar Sinar Harian, kisah percutian aku ke Pulau Langkawi ada tersiar. Ada sesiapa perasan tak? Jadi hari ini, marilah aku ceritanya lagi. Cerita yang tersiar dalam akhbar tu nanti-nantilah aku ceritakan. Kalau rajinlah ye.

Hari kedua, seperti dalam tentatif yang diberi adalah island hopping. Aktiviti ini pun aku cuak juga. Memang belum pernah merasa island hopping ini. Antara takut dan teruja. Yelah, nak naik bot bagai. Untuk aktiviti ini, kita orang berpecah. Ada keluarga yang sudah pergi dulu, ada yang tidak ikut serta sebab ada yang isteri-isteri mengandung, memang tak bolehlah nak ikut kan.

Aku dok usha spa ni tapi tak sempat pun nak pergi.

Sebelum bertolak untuk island hopping, kami sarapan dulu. Pagi itu kami sarapan di hotel saja. Makanannya tak berapa nak menarik.

Ammar makan kokocrunh aje.

Usai makan, lebih kurang jam 10.30 pagi semua menunggu di lobi.

Menunggu van untuk menjemput kami ke tempat bot.

Aku dan anak-anak.

Swafoto kami empat beranak.

Ini sewaktu kami sudah berada di dalam van.

Penuh satu van.

Ini antara sebahagian daripada kumpulan kami.

Sebelum naik bot, marilah bergambar terlebih dulu.

Siap siaga untuk menaiki bot.

Bot sudah bergerak laju. Angin kuat memukul-mukul pipi.

Panorama indah sepanjang perjalanan kami.

Seronok rupanya. barulah boleh mengukir senyuman.

Kami lagi.

Itu Dayang Bunting. Nampak tak?

Ini video yang sempat aku rakamkan sepanjang perjalanan ke Pulau Dayang Bunting.

Kami sudah tiba di jeti Pulau Dayang Bunting.


Ada bayaran masuk.

Kena menapak dan mendaki tangga untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting.

Sudah selamat tiba di tasiknya.

Betapa ramainya pengunjung waktu itu. Maklumlah cuti sekolah.

Kami pun mahu jugak menaiki bot.

Sudah berada di tengah-tengah tasik.

Nampak betapa lebarnya senyuman.

Sebelum pulang bergambar lagi. Entah bila dapat ke sini lagi.

Singgah pula Pulau Singa Besar. Kelihatan burung-burung helang berterbangan.

Banyak bot-bot yang ada di situ.

Kemudian ke Pulau Beras Basah. Cantik sangat permandangan.

Bot-bot yang akan menurunkan penumpang di sini. Boleh bayangkan turun memang senang, nak naik balik tu memang azab. Ada seorang budak lelaki,  anak officemate suami terpaksa kakinya jadi pemijak. Dapat bayang tak? Kuda-kuda gitu.

Ini sewaktu menunggu bot sampai.

Sewaktu yang lain seronok bermandian, aku hanya berteduh di bawah pokok. Memang malas nak mandi.

Kemudian kami pulang setelah dua jam berliburan di pulau-pulau. 

Terus balik hotel, dihantar oleh van tadi. Yang tiga orang ni terus terjun kolam renang pula. Nak bersihkan badan. Tapi sekejap aje sebab kita orang nak keluar balik. Masuk bilik, mandi dan solat. Kemudian terus sahaja keluar semula. 

Begitulah cerita Island Hopping. Kos bot yang kami naiki untuk satu bot adalah RM450. Nanti sambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

  1. rindu langkawi.
    ntah bila nak dtg lg.
    tiket flight mahal sgt ler, fida!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..