Assalamualaikum.
Hai...
Salam jumaat. Pembuka bicara untuk tengahari ini. Untuk hari ini, aku tidak ke mana-mana. Hanya bersantai di office melakukan sedikit kerja dan merehat-rehatkan diri. Hari ini masing-masing melakukan kerja sendiri. Cukuplah minggu lepas, aku dan kawan aku yang berdua itu Myra Mokhtar dan Nurul Zainuri bergelak-tawa bagai nak rak dan sudahnya didatangkan dengan perkara-perkara yang mengecewakan.
Baiklah, untuk tugasan oleh JDT Blogger dikehendaki untuk list nama samaran. Senang sangat task ini. Aku pun bukan banyak nama samaran. Nama aku pun bukan panjang berjela. Hanya ada tujuh huruf sahaja.
Aku, Alfidah. Letak gambar akulah kan. Aku ni kalau tulis entri tak ada gambar memang tak sah. Mesti nak masukkan gambar. Ini list untuk nama samaran aku.
1) Along
Ini panggilan aku di rumah. Mak ayah aku memang panggil aku along.
2) Kakak
Adik aku yang panggil memandangkan aku adik beradik hanyalah dua ketul. Hehehe. DIa tak panggil aku along.
3) AL
Kawan-kawan sekolah dan kawan masa belajar di politeknik panggil aku nama ni. Panggilan ini pun lekat pada suami aku sehingga sekarang sebab dia antara kawan masa belajar. Kami praktikal di tempat yang sama.
4) Fidah
Ini kawan-kawan kerja. Nama Al itu seakan tenggelam bila aku mula bekerja. Kadang ada kawan yang panggil aku Fyda Adim. Hah gitu.
Itu sahajalah nama samaran aku. Cukup dulu entri ini. Ada misi lain yang mahu disiapkan. Macam-macam misilah kekdahnya. Harap berjalan lancar dan semoga dipermudahkan. Sekian dan wassalam.
#jdtblogger
#31dayschallengebyjdtblogger
Salam pena,
Fyda Adim
2 comments:
samalah nama kita seketul jek.. 6 huruf ehehehe
hye sis fyda.
fyna here. hehehehe
http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-16-my-nicknames.html
Post a Comment