Tuesday, January 10, 2017

Jumpa Blogger As Samsudin

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi semua. Ini cerita tahun lepas. Dalam bulan Disember. Rasanya seminggu sebelum aku bercuti ke Langkawi. Biasalah, cerita-cerita tertangguh ini memang berlambak. Cerita Langkawi belum habis lagi. Belum lagi cerita majlis perkahwinan anak buah aku. Huaaaaa, betapa banyaknya entri yang tertangguh.

Gigih juga mahu menulisnya. Harap dapat dihabiskan. Aku nak alihkan fokus aku pada yang lain memandangkan bulan April aku kena habiskan dan hantar. Mampukah?Entahlah. Tak confident pun dengan diri sendiri.

Baiklah, aku dapat whatsapp daripada As Samsudin mengatakan yang dia akan ke Melaka. Seronoklah bila dengar. Jadi kami merancang untuk berjumpa. Aku risau juga kalau rancang-rancang sekali tak jadi kan. Biasalah nak adjustkan masa bukan senang.

Aku usulkan cadangan aku pada husband. Bila dia nak bagi keizinan, aku pun menyusunkan masa yang sesuai. As sampai Melaka hari khamis dan kami berjumpa pagi sabtu.

Mula-mulanya aku ke Wana Riverside. Entah mana datang sengal aku. Bila baca whatsapp As dok kat riverside, aku terfikirkan hotel yang ini.

Punya konfiden, aku dah siap tunggu As kat bawah. Angkut sekali anak dara buat teman. Konfiden lagi siap berswafoto bagai. Sekali bila As telefon tanya aku dekat mana, aku jawab penuh konfiden yang aku dah sampai. Sekali salah hotel. Terus pergi hotel yang sebetulnya. Itu pun aku dah gabra aku siap guna waze nak cari hotel itu. Walhal selalu aje lalu depan hotel tu. Sengal!

Bawa As pergi sarapan. Aku pesan nasi lemak.

Aku dan As. Dari berkawan di alam maya kini berjumpalah di alam nyata.

Hantar As balik hotel semula usai selesai bersarapan. Sebab kesuntukkan masa, kami dapat berjumpa sekejap saja tapi dapatlah bersembang beberapa perkara. Minggu ini kami akan berjumpa lagi di Bengkel Penulisan yang diadakan di Kuala Lumpur. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

Linda said...

Wahhh.....bagusnya dua blogger bertemu...mesti excited kan :))

as samsudin said...

Thanks Fyda...
Tak sabar nak jumpa kat Bengkel tu nanti. Nak fokus betul2 and nak move setapak lagi lam bidang penulisan ;)